Friday 23 March 2012

Perubahan Memerlukan Masa

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.......

Berubah? Mengapa perlu berubah? Anda tidak memerlukan sebarang perubahan jika diri anda sudah lengkap. Diri yang lengkap itu merupakan sesuatu yang mustahil bagi manusia biasa seperti kita. Terutamanya bagi diriku ini. Banyak salah silap daripada pelbagai aspek. Dalam erti kata lain, berubah ialah berhijrah, bererti berpindah daripada yang negatif kepada yang positif.

Ya, memang benar. Apa yang benar? Kisah benar? TIdak sama sekali. Apa yang benar ialah sesuatu perubahan memerlukan masa, samada memerlukan masa yang singkat atau panjang.

Aku telah mengenalpasti beberapa perubahan yang ketara berlaku pada diriku dan juga orang sekelilingku. Di sini, aku ingin mengetengahkan beberapa jenis perubahan yang dapat kita ambil sebagai iktibar dan tauladan semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat dengan izin Allah.


Perubahan 1 : Aku sudah berhenti merokok sepenuhnya

Oh..ianya merupakan satu nikmat apabila ku sudah berhenti merokok. Apa tidaknya, wang saku dapat dijiimatkan. Hoho. Banyak lagi kelebihannya. Memang sukar untuk berhenti merokok, tetapi ianya tidaklah mustahil.

Walaupun aku kini tidak merokok, tapi aku menyampah terhadap orang yang tidak merokok dan berkata sebegini "alaaa...berhenti je laa hisap rokok tu..bukannya susah..."
heyyy..tolong sikit yee..berhenti merokok sememangnya perkara yang susah untuk dikawal. Ianya memerlukan ketahanan yang mantap dari segi fizikal dan mental.
Dari segi mental, apabila hendak berhenti merokok, badan kita akan bertindak "ganas"..contohnya seperti badan menggigil, demam panas yang berpanjangan, sukar untuk tidur, dan hilang fokus.

Dari segi fizikal pula, merokok merupakan habit. Masa yang paling nikmat menghisap rokok adalah selepas makan. Cubalah bayangkan, 7 tahun hisap rokok selepas makan, tiba-tiba terus sahaja berhenti merokok. Ianya memang janggal bukan.

Kepada yang tidak merokok, aku bandingkan rokok itu dengan telefon bimbit. dapatkah anda dengan sewenang-wenangnya tidak menggunakan telefon bimbit? atau adakah ianya patut dibandingkan dengan facebook yang memang ramai orang ketagihkannya?susah bukan??

Jadi, kepada yang tidak merokok tu, berpada-padalah bila berkata-kata tentang rokok kepada perokok. Kalau nak nasihat pun, ada caranya. ada satu benda aku nak beritahu ni..kalau takat bubuh iklan berhenti merokok kat tv, letak papan tanda paru-paru hitam, ialah memang tidak berkesan kepada perokok..hoho..

Kerajaan pun satu..katanya nak kurangkan perokok di Malaysia..tapi apa yang dibuat..kerajaan cuma menaikkan harga rokok saja..mentang-mentanglah keuntungan negara kebanyakannya diperoleh dari penjualan rokok..cait..kalau betullah kerajaan nak bantu rakyat berhenti merokok, ada satu cara saja..iaitu berhentikan penjualan rokok di Malaysia..hoho..rilek ja aku berkata-kata..apa ada hal..ini dari pandanganku sendiri..

Bagaimana aku berhenti merokok?

ahaha..bagaimana hendak ku ceritain? Memang telah lama aku bertekad untuk berhenti merokok..tetapi azam itu bertambah kuat apabila aku hendak menjadi wakil fakulti dalam acara bolasepak..ku fikir, bila berhenti merokok, aku akan jadi lebih berstamina dan bertenaga..tetapi, itu hanyalah azam.. pada suatu hari, aku terkena demam panas yang berpanjangan selama seminggu..hari terakhir yang aku terasa tidak sihat ialah pada hari jumaat..dan hari sabtu aku kembali pulih..dan pada hari ahad, badanku terasa seolah-olah seperti diserang kembali oleh sang "demam panas"..aku pun terus berjumpa doktor di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Doktor mengesahkan aku memang kena demam panas setelah mengenalpasti bahawa suhu badanku setinggi 39 darjah celcius. Memang menyeksakan. Aku apa lagi, minta mc 2 hari dan berehat di rumah sewa sahaja. Pada hari isnin, selera ku tiada. badanku lemah longlai. apa sahaja yang hendak dibuatnya, mesti serba tak kena..badanku terhuyung hayang ke sana sini..kerja ku cuma tidur seharian..dan apabila mahu tidur.....

(akan bersambung)

(p/s : gambar-gambar yang di bawah adalah selepas aku berhenti merokok..tengok, ceriakan?? =D )




alhamdulillah