Tuesday 12 April 2016

Sesi Perkenalan Diri - Episod 2

"Mira accepted your friend request". Tanpa berfikir panjang, terus di "hai" nya Mira di dalam wechat tersebut sebagai permulaan kata. "Thanks accept ye". Yob memandai mandai menambah. Marah Din. Sebenarnya, bukan marah, tapi lebih kepada segan. Yela, sebagai pemegang takhta raja "wechat", tidak hairanlah Yob pandai dalam hal-hal begini. "Dah Yob dah. Biar aku yang taip sendiri. Ko jangan memandai. Malu la aku. Gambar aku tu kot kat wechat ni", jelas Din. Yob bahak melihat gelagat kawannya itu. "Hahaha, rilek la Din, ni baru ayat basic, belum lagi masuk ayat pancing. Apa yang nak disegannya, kita kan kawan, kahkahkah", kata Yob. Selang 5 minit, Mira membalas dengan bertulis "hai" dan diikuti dengan icon senyum. Habis. Setakat itu saja "conversation" pada tengah hari tersebut. Dan petang macam biasalah, Din fokus berkenaan dengan hal-hal masternya.

Hari sudah malam. Tangan Din gatal. Gatal untuk menegur Mira, rakan yang baru saja menerima "friend request"nya di wechat. "Ahh..segan la pulak nak tegur ni," bentak Din. "Takpe..steady la..dia bukannya kenal aku pun," Din pujuk diri sendiri. "Hai, buat ape tu mira?", Din memulakan chat. Dalam masa lebih kurang 3 minit, Mira memberi respon, "Baru lepas makan ni, awak dah makan?". "Dah", jawab Din ringkas kerana tidak mempunyai idea.

(Di bawah ini penulis meringkaskan "conversation" antara Din dan Mira kerana susah nak kasi pembaca faham "conversation" dalam bentuk esei katanya. Okay, penulis menipu. Sebenarnya dia malas nak tulis conversation dalam esei. Leceh sikit katanya)

Din : Awak umur berapa ye?muka macam budak sekolah je.

Mira: Eh takla. Saya umur 20 tahun. Kenapa tanya macam tu?Kalau budak sekolah taknak mesej ea?

Din : Oh..takdela..saja tanya..sebab nampak mcm belasan tahun..

Itulah salah satu conversationnya..yang lain-lain, penulis merahsiakannya atas sebab-sebab tertentu..

Seringkali di dalam conversation bersama Mira, Din menekankan soal jarak umur..dalam 6 tahun jaraknya..tetapi Mira dengan steady nya menepis serangan Din yang berkait dengan soal umur. Kata Mira, "Alaa..6 tahun tu takde la jauh sangat jaraknya". Di sinilah timbulnya peluang untuk Din. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan kuning gigi, yang bermaksud, pucuk dicita, ulam mendatang.
Disinilah terceritanya soal-soal impian, cita-cita dalam hidup, harapan.

Setelah 2 minggu ber chatting di alam maya bersama Mira, Din mengambil keputusan untuk mengajak Mira berjumpa. Siapa sangka, Din menerima jawapan ya dari Mira untuk bertemu buat pertama kali.

Din : Awk, ermmm..free tak petang ni?jom jumpa nak..saya belanja minum..alaa, jumpa saje saje je..

Mira : Haa..boleh jugak tu..awk pulak tu belanja, lagi lah boleh..

Pada hari tersebut jugaklah, Din merasa menyesal mengajak Mira keluar minum, disebabkan keseganannya yang tebal terhadap perempuan. Tapi Din steady, kata Din dalam hati, "Takpe..kena berlakon cool". Din sampai terlebih dahulu di tempat pertemuan, iaitu sebuah restoran mamak. Di ambil tisu 5-6 helai untuk mengelap peluh "nervous" bertemu dengan gadis comel wechat nya yang pertama, Mira. "Truuuuutt truuuttt, truuuuutt truuuut", telefon bimbit Din menyalak. Dan terpangpang nama "Mira". Panggilan tersebut segara di jawab.

Din : hello..samapi dah awk?

Mira : saya dah smpai dah..awk kat belah mane ye?

Din : saya kat belah dalam ni..pakai baju warna hitam..jangan silap orang pulak ye..hehe

Mira : okay..tunggu jap ye..

Peluh merecik keluar dari tubuh Din apabila tahu yang Mira sudah berada di situ. Tiba-tiba, dari 5 meter jauhnya, Din terlihat seorang gadis, datang mendekatinya. "Eh, macam sama je dalam profile picture wechat", bisik hati Din. Betul la, gadis itulah si Mira.

Salam diberi...

"Assalamualaikum..awk kan Din?", soal Mira sambil memberi senyuman yang manis.

3 comments:

  1. din jumpa mira kat Hakim ke mal? mana sambungan nya...

    ReplyDelete
  2. Bagus Tulisannya...!

    Kunjungi Juga : https://santobobi.wordpress.com/2016/07/08/bisnis-rumah-makan-yang-menguntungkan/

    ReplyDelete