Sunday, 18 April 2021

Ina

 Ok ina..jangan ingat abg akmal tak perasan yang ina baca blog ni..hahaha..abg akmal baru je reset password..lupa dah, lama tak bukak..banyak dah benda yang jadi sejak dari last sekali aku update..ni bila adik ipar minta link blog, takkan kita kasi link je, mesti kasi update la sikit..


Selamat menyambut ramadan almubarak kepada orang Islam yang berpuasa..

Kepada yang tak puasa, selamat hari raya

Saturday, 28 January 2017

Smule

Cilakak sungguhhhhh!!!!

Aku dah ketagih dah dgn apps ni..

member punye pasal laa nii..

mula2 dia di tagged kan dgn member dia berduet kat fb..aku pun usha le..kelakar baaaq hang..hahaha
kalau setakat audio je takpe, ni skali dgn video daaa..haha

dah la nyanyi macam taknak bukak mulut je..hahaha

ok..cukup smpai tu..

last2 aku yg terikut ikut dgn smule ni..tapi best brooo..gua bleh release tension..dlm keta usah kata la dia punya melalak tu..hahhaha

Tuesday, 12 April 2016

Sesi Perkenalan Diri - Episod 2

"Mira accepted your friend request". Tanpa berfikir panjang, terus di "hai" nya Mira di dalam wechat tersebut sebagai permulaan kata. "Thanks accept ye". Yob memandai mandai menambah. Marah Din. Sebenarnya, bukan marah, tapi lebih kepada segan. Yela, sebagai pemegang takhta raja "wechat", tidak hairanlah Yob pandai dalam hal-hal begini. "Dah Yob dah. Biar aku yang taip sendiri. Ko jangan memandai. Malu la aku. Gambar aku tu kot kat wechat ni", jelas Din. Yob bahak melihat gelagat kawannya itu. "Hahaha, rilek la Din, ni baru ayat basic, belum lagi masuk ayat pancing. Apa yang nak disegannya, kita kan kawan, kahkahkah", kata Yob. Selang 5 minit, Mira membalas dengan bertulis "hai" dan diikuti dengan icon senyum. Habis. Setakat itu saja "conversation" pada tengah hari tersebut. Dan petang macam biasalah, Din fokus berkenaan dengan hal-hal masternya.

Hari sudah malam. Tangan Din gatal. Gatal untuk menegur Mira, rakan yang baru saja menerima "friend request"nya di wechat. "Ahh..segan la pulak nak tegur ni," bentak Din. "Takpe..steady la..dia bukannya kenal aku pun," Din pujuk diri sendiri. "Hai, buat ape tu mira?", Din memulakan chat. Dalam masa lebih kurang 3 minit, Mira memberi respon, "Baru lepas makan ni, awak dah makan?". "Dah", jawab Din ringkas kerana tidak mempunyai idea.

(Di bawah ini penulis meringkaskan "conversation" antara Din dan Mira kerana susah nak kasi pembaca faham "conversation" dalam bentuk esei katanya. Okay, penulis menipu. Sebenarnya dia malas nak tulis conversation dalam esei. Leceh sikit katanya)

Din : Awak umur berapa ye?muka macam budak sekolah je.

Mira: Eh takla. Saya umur 20 tahun. Kenapa tanya macam tu?Kalau budak sekolah taknak mesej ea?

Din : Oh..takdela..saja tanya..sebab nampak mcm belasan tahun..

Itulah salah satu conversationnya..yang lain-lain, penulis merahsiakannya atas sebab-sebab tertentu..

Seringkali di dalam conversation bersama Mira, Din menekankan soal jarak umur..dalam 6 tahun jaraknya..tetapi Mira dengan steady nya menepis serangan Din yang berkait dengan soal umur. Kata Mira, "Alaa..6 tahun tu takde la jauh sangat jaraknya". Di sinilah timbulnya peluang untuk Din. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan kuning gigi, yang bermaksud, pucuk dicita, ulam mendatang.
Disinilah terceritanya soal-soal impian, cita-cita dalam hidup, harapan.

Setelah 2 minggu ber chatting di alam maya bersama Mira, Din mengambil keputusan untuk mengajak Mira berjumpa. Siapa sangka, Din menerima jawapan ya dari Mira untuk bertemu buat pertama kali.

Din : Awk, ermmm..free tak petang ni?jom jumpa nak..saya belanja minum..alaa, jumpa saje saje je..

Mira : Haa..boleh jugak tu..awk pulak tu belanja, lagi lah boleh..

Pada hari tersebut jugaklah, Din merasa menyesal mengajak Mira keluar minum, disebabkan keseganannya yang tebal terhadap perempuan. Tapi Din steady, kata Din dalam hati, "Takpe..kena berlakon cool". Din sampai terlebih dahulu di tempat pertemuan, iaitu sebuah restoran mamak. Di ambil tisu 5-6 helai untuk mengelap peluh "nervous" bertemu dengan gadis comel wechat nya yang pertama, Mira. "Truuuuutt truuuttt, truuuuutt truuuut", telefon bimbit Din menyalak. Dan terpangpang nama "Mira". Panggilan tersebut segara di jawab.

Din : hello..samapi dah awk?

Mira : saya dah smpai dah..awk kat belah mane ye?

Din : saya kat belah dalam ni..pakai baju warna hitam..jangan silap orang pulak ye..hehe

Mira : okay..tunggu jap ye..

Peluh merecik keluar dari tubuh Din apabila tahu yang Mira sudah berada di situ. Tiba-tiba, dari 5 meter jauhnya, Din terlihat seorang gadis, datang mendekatinya. "Eh, macam sama je dalam profile picture wechat", bisik hati Din. Betul la, gadis itulah si Mira.

Salam diberi...

"Assalamualaikum..awk kan Din?", soal Mira sambil memberi senyuman yang manis.

Friday, 22 January 2016

Pencarian Bunga - Episod 1

"Ehem ehem", Din membetulkan anak tekaknya dengan berdehem. Akibat kuat menghisap rokok seludup yang terkenal, iaitu John, tekak Din perit, ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu, kejap panas, kejap sejuk. Din seperti biasa, mengulang rutin hariannya, menulis novel sebagai mengisi masa lapang. Fikir Din, dengan cara menulis novel, dapatlah kiranya dia meningkatkan 'skill' penulisan di dalam thesisnya, disamping meluahkan perasaan dengan cara tersendiri. "Bosan la Yob, hari-hari macam ni, asyik nulis thesis je", keluh Din kepada rakan seperjuangannya, Yob. "Ko tu, bosan sebab takde awek Din, 'atleast' ada awek, semangat la skit nak menulis. Apa orang kata, sebagai x-factor, macam semangat la", jawap Yob, yang memang terkenal sebagai raja 'wechat' dikalangan rakan-rakan. "Ko pun tau kan Yob, aku ni malas la dengan pompuan, nak tu memang la nak, segan la 'dude', lagipun aku bukannya macam hang Yob, cari awek untuk isi masa lapang je", balas Din. Din tahu, Yob memang 'terer' bab-bab 'tackle' awek ni, muka hensem, duit banyak walaupun tengah 'study', memang ciri-ciri idaman para wanita lah senang cerita. Tapi yang membuatkan Yob ni tak 'best', awek-awek keliling pinggang itu pun, bukannya mahu dianggap sebagai calon isteri, cuma suka-suka saja. "Alaa Din, 'try' jela, mana tau tersangkut satu dua ke kan, kot-kot, boleh dibuat bini terus. Haaa, mane kita nak tau, betul tak?haha", Yob ketawa jahat. "Betul tu, ada la jugak betul nye Yob, tapi aku taktau la prosedur nak mengorat ni, lagi satu aku bukannya ada sangat pun kawan perempuan", jelas Din. "Laa..tak payah ada kawan perempuan pon ko dah boleh buat awek la Din..tgk ni hah, ko guna je 'apps' ni, boleh carik awek kot", Yob membuka 'apps' wechat didepan Din. "Malas la aku guna wechat ni Yob, tak 'konfiden' langsung aku dengan benda ni, ada ke cari teman sehidup semati guna media sosial", terang Din. "Lantak ko la Din, aku cuma bagi idea je, ikut ko le kalau nak ikut ke tak", jawap Yob. Petang pun berlalu begitu saja. Idea Yob masih lagi bermain-main dalam fikiran. "Boleh jadi ke cari awek dekat wechat", Din bermonolog dalam.

Malam seperti biasa, melabuhkan tirainya. Bulan purnama memancar cahayanya, tanda hari sudah malam. Dilihat kekatu bermain-main di sekeliling mentol bilik sewa Din. Fikirannya melayang-layang. Bukan pasal awek, tapi lebih kepada pasal kehidupannya kini. "Ahhh", keluh Din. Malam itu susah benar untuk melelapkan diri. Pusing ke sana ke mari, lebih segar jadinya. Din bangun mencapai telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang, Din memuat turun "apps" wechat. Dikajinya pasal wechat di google. "Ohh macam tu", faham Din. Hampir pukul 1 pagi Din meng "explore" wechat. "Cekit cekit", bunyi shake daripada apps wechat. "Ahhh sudah. Bila shake je dapat orang timur tengah", Din mengomel. Daripada shake, Din bertukar kepada "people nearby". "Haaaa..ada pun gadis melayu. Pondan pun ada haa..kahkahkah", tertawa Din. Hampir semua orang di dalam "people nearby" di tegur Din. Setiap orang dihantarnya "send greeting", kecuali lelaki dan pondan. "Ahh..takde respon la pulak", bentak hati Din. Dia pun sudah tidak berharap lagi untuk mendapat balas dari pe-wechat yang ditegurnya. Din letih. Lalu tidur dengan berbantalkan longgokan baju di atas tilamnya.

Bau pagi hari mengejutkan Din. Matahari menyinar rendah. Setelah bersiap, Din memulakan rutin hariannya, macam biasa, masuk fakulti, menulis. Tepat pukul 11.23 pagi, telefon Din berbunyi 'kling'. Hairan Din kerana tidal pernah dengar "notification" telefonnya berbunyi begitu. "Handphone"nya dicapai dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba Din menjerit memanggil Yob, " Yob, sini yob. Cepat cepat". Yob bergegas pergi ke meja Din. "Kenapa ko ni Din?", tanya Yob. "Ni ha, ko tengok ni. Menjadi la. Hahaha", jelas Din sambil menunjukkan telefonnya kepada Yob. Tertulis di "screen" telefonnya......... "Mira accepted your friend request".

Bersambung...

Monday, 11 January 2016

Bf

Bf bukanlah bermaksud "boyfriend"..
Yang aku nak tulis nih, bf yang bermaksud "breast feeding"..

Isu nih semakin menjadi-jadi..pada mulanya hanyalah antara page fb Amran Fans dan ibu-ibu muda..tapi biasalahkan, setiap benda, ada yang pro, dan ada yang kontra..

Macam ni kesnya..ibu-ibu muda ni suka sangat upload gambar selfie sambil tengah menyusu baby..yang tak boleh blahnya, siap bermegah-megah lagi tu..yang sekadar aku tau la, sebab aku takde la nak amik port sangat benda2 ni..tapi lama-lama bila aku baca komen-komen kat fb tu, aku rasa geram la pulak..tapi geram aku takde la sampai nak bash dekat fb tu..paling kuat pun aku tulis kat sini sebab macam private skit..yela, sapa je yang baca blog aku ye tak..haha

Aku takdela kata aku sokong sapa-sapa dalam hal ni..okay..sekarang ni aku nak tulis pendapat aku pasal hal ni..benda bab-bab menyusukan baby ni memang bagus sangat..memang mulia..dapat pahala pulak tu..yang jadi tak kenanya bagi aku, apa ke benda nak public kan hal-hal tu kat fb?tak tau malu ke..bukannya nak kata takda tempat yang tersorok..lagipun disediakan tempat nak menyusu..ada je..okay, tu satu hal, tempat nak menyusukan anak..yang ibu-ibu muda ni, selamba je upload gambar selfie dia tengah menyusu..apa ke sikapnya macam tu?orang kalau boleh nak senyap-senyap je menyusu ni..ni tak..nak bagitau kat orang lain pasal benda ni..memang la aku sebagai laki pun support bab-bab menyusu ni, tapi yang tak kena bila upload di fb..aku ni, kalau bini aku upload gambar macam tu kat fb, selamba je aku lempang..takdela..yg lempang tu main2 je..insyaAllah bini aku tak buat mcm tu..kan awk kan?(^_^)..haha

Takdela..benda yg mulia, jadi mcm tak senonoh la pulak..byk je aku jumpa ibu tgh susukan anak dekat kedai makan..maybe takdela bilik utk menyusukan anak..tapi ni tak..siap upload lagi..fuhhh..kelass kau kak..aku percaya, ibu-ibu muda ni memang nak menyusukan anak diorg tak kira tempat..ada kadang2 tu tak kena pada masa dan tempat..tapi janganla benda tu jugak yg kau nak upload kak..adehh..1st tu, niat la yg main peranan..maybe la aku silap, aku taktau niat akak tu..yg paling positif yg boleh aku pikir pun ialah akak tu nak berkempen, nak kata kat wanita2 semua yg jgn malu utk bf kat mana2..iye kak..niat akak tu mmg dah cantik..tu je yg paling positif yang boleh aku pikir..

Yang Amran Fans ni pun satu..tutupla muka akak tu klu nak tulis kat fb pun..tak pun private message..mana tau dgn cara yg mcm tu, lagi lembut akak2 tu nak terima nasihat kau..tapi yg bagusnya Amran fans ni bila dia buat mcm tu, org2 lain takut nak buat mcm tu dah..tu yg bagusnya la..tapi ada jugak yang melawan, siap dgn bangganya upload lagi gambar2 mcm tu..sengaja nak kasi panas..adoii

Aku ni esok dah la nak jumpa Dr Akram, boleh pulak tulis benda ni..nasib dah siap..haha..semua benda boleh bawak bincang..biasala tu kan ada pro kontra..

So, konklusi nya disini, aku tak setuju dan berkenan dengan tindakan segelintir ibu-ibu muda yang dengan bangganya meng upload gmbr sedang ber bf dekat public..aku malas nak tulis benda ni kat public pun salah satunya ialah sebab aku takut kawan2 aku sendiri yang macam tu..ni nak jaga hati punya pasal la..memang susah kita nak tukar pandangan orang..biasalah tu..

Okay..sekian dari aku..jaga diri dan jaga solat ye..semoga berjaya dunia akhirat semua..aminn
Haaa..jadilah macam siti okay..baik siti nih..hehe (^_^)

Thursday, 7 January 2016

Heyy awak

Its a good and nice feeling to be ask - "hey awak, takde update blog pun."

Bukannya aku taknak update, tapi Din ni hah, busy la dia..tengah setelkan kerja dia..aku anytime je boleh nak tulis cerita-cerita Din ni..tapi Din tak kasi bahan, so tak menarik la blog aku..haha..

Jangan risau kawan..Din ada bagitau, yang katanya sekarang ini dia tengah mengarang sebuah cerpen..cerita pendek..genre seram seram kelakar..haaa..tak sabar kan nak baca?samalah dengan aku..hewhewhew..Bak kata orang, benda yang sabar ini, nikmat nya lain macam sikit..alaa..macam kawin la..haa, kan dah termasuk bab kawin..tu yang malas tu nak update blog =P

Sebelum habis, jap2..

p/s: mak, i love u (^_^)

Thursday, 31 December 2015

Sunday, 13 December 2015

Din dan Gitar beliau

Din tahu main gitar..
Sekadar tahu saja..terer nya tidak..setakat chord senang macam A, Am, C, G, F, D boleh la..kalau chord rock memang kantoi sungguh..

Kata Din, dia memang minat lama dah bermain gitar ni..sejak dari bangku sekolah rendah lagi..cumanya, tak kesampaian..Din mula belajar bermain gitar masa beliau di matrikulasi..

Sejak dari itu, Din sanggup pergi ke cyber cafe, melayari internet demi mencari chord lagu-lagu kegemarannya..antaranya ialah lena diulit intan, macy's day parade, dan beberapa lagu dari indonesia seperti band ungu dan dewa..

Selain di matrikulasi, minat Din terhadap gitar berkembang sejak abangnya, Don membawa pulang gitar ke rumah..sejak dari itu, Din seringkali dimarahi emaknya kerana bermain gitar..entahlah, mungkin sebab bising ataupun sebab emaknya tak suka Din bermain gitar..

Din mempunyai masalah untuk "tune" gitar..tak pernah berjaya..biasanya, bila masa untuk "tune" gitar, Din menyuruh Don yang "tune" kan..tapi itu bukanlah masalah yang besar bagi peminat2 gitar..

Walaupun Din seorang yang kidal, dia tetap bermain gitar menggunakan tangan kanannya disebabkan belajar dari orang yang tidak kidal..

Din mempunyai cita2 yang besar iaitu "jamming"..tapi sampai sekarang tidak pernah dicuba nya..

Tapi kini, skill Din dalam industri penggitaran telah pun sedikit malap akibat telah lama meninggalkannya..tapi jangan risau, minatnya terhadap gitar tetap seperti pungguk rindukan bulan..

Untuk memulakan kembali keghairahan Din bermain gitar, beliau hanya perlu membuat satu benda..

Iaitu menukar tali gitar..
Dan itulah salah satu benda yang Din asyik terlupa..


Thursday, 10 December 2015

Pesanan Mak Din di dapur

Din tidaklah begitu pandai memasak, tapi sekadar untuk dia sendiri, kira tiptoplah masakannya..

Din memang rajin memasak..apatah lagi mencuba nasib resepi-resepi yang diberi..jangankan lauk pauk, buat kek juga Din pernah cuba..

Emak Din pesan kat Din, "Din, tukang masak yang baik bukanlah sedap masakannya, bukanlah makanan yang cantik dihias..tapi tukang masak yang baik ialah yang membasuh alatan memasak sesudah masak"

Din tersengih.

Saturday, 5 December 2015

Din & Kambing

Din..sebut nama beliau pun kadang2 tergelak..mana tak nya, orangnya pun kelakar..okay..cukup disitu..cerita pasal kambing pulak..

Din memang friendly-animal orangnya..pantang berjumpa dengan binatang, semuanya ditegur beliau..kucing, ayam, kambing, anjing, burung, kerbau, belalang, monyet, itik, angsa, unta..okay, din kata yang unta tu dia tipu je sebab dia tak pernah pergi negara arab..

Nak dijadikan kisah, masa darjah 2, Din sekolah sesi petang..macam biasalah, berjalan kaki dan mengalas beg berat seakan akan membawa besi..untuk balik ke rumah, Din terpaksa lalu melintasi sebuah taman..taman ini kebiasaannya penuh dengan orang yang bermain gelongsor ada, buaian ada, bolasepak pun ada..dan pada hari itu jugak, sekawan kambing didapati  meragut rumput di atas taman..dan Din seperti yang diceritakan di atas, iaitu friendly-animal, apalagi, diusiknya kambing-kambing tersebut..larilah kambing2 tu..tapi cuma seekor je yang buat rilek..Din mendekatinya..dibelai-belai, diusap-usapnya kepala kambing tersebut..tanduk kambing usah cakap lah, Din siap menarik-narik lagi untuk menguji kekukuhan tanduk kambing tersebut..bila puas bermain bersama kambing itu, Din pun membelahkan diri sambil berharap akan berjumpa lagi dengan kambing itu esok hari..

Dalam 15 langkah ke hadapan, Din menoleh ke belakang untuk mengucapkan selamat tinggal kali kedua kepada kambing tersebut dengan melambai-lambai..tapi sayang seribu kali sayang, nyata kambing tersebut tidak memandang Din dengan terus meragut rumput..kata Din, "Takpa..mungkin engkau tidak merasai lagi cinta aku tadi lepas ku usap2 engkau"..Din balik dengan perasaan hampa setelah lambaian selamat tinggalnya itu tidak diendah oleh kambimg tersebut..

100 meter lagi Din akan sampai dirumahnya..tiba-tiba kaki Din terasa dilanggar sesuatu..rupanya kambing tadi itu sedang minta untuk dimanja-manja..Din tersenyum girang..umpama cintanya dibalas..Din berniat untuk membawa karim (nama kambing) pulang ke rumah..

Sampai saja dirumah, Din mempelawa karim masuk, tetapi dibantah oleh emak Din..emak Din berkata, "Ni kambing sape pulak ni..dah2..jangan bagi masuk rumah..karang tuannya cari"..

Ohh..betul jugak kata emak Din tu..lupa yang karim sudah pun bertuan..Din pon segera meninggalkan kambing tersebut kerana emaknya menjeling sambil membulatkan mata..marah tandanya..dan pening..

Din pon meninggalkan karim di pintu pagar luar rumah..kecewa sebentar Din, umpama terlepas menonton kartun kegemarannya..

Tapi Din tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk bermain dengan karim walaupun sebentar..

Itulah antara benda pelik yang dibuat Din semasa zaman kanak-kanaknya..Din kata, "Haiwan ni tau isi hati kita..baik niat kita, baiklah respon dia terhadap kita"


Thursday, 3 December 2015

The return of Din

Assalamualaikum salam sejahtera..kepada anda semua moga bahagia..di hari yg indah lagi mulia, dipertemukan ini, jalinkan kasih mesra~~~

Itu adalah satu salah lirik lagu dalam lagu nasyid zaman aku dulu..aku tak pasti la korg baca dgn nada nyanyian ke kan, tapi yg pasti, sapa tau lagu nih, memang nyanyi terus..takpe..jangan risau..nyanyilah..

Okay..beri salam sudah..so, berbalik ke tajuk entry ni..the return of Din..kepada pembaca2 entry aku ni, yang tak ada idea pasal siapakah Din, biar aku bagitau..Din ni ialah watak ciptaan aku..ada kisah benar dan tidak..kebanyakannya benar la..haha..yang tak baca lg pasal "Cerita tentang Din" sebelum nih, try la selak2 entry aku yang mula2..ada lagi..jgn risau..aku tak delete..hehe..

Sebenarnye, aku dah lama tak cerita pasal Din ni pon sebab Din ni busy..sibuk sangat..tu yang aku sendiri tak dapat idea nak tulis apa pasal dia..

Dan kini, jgn risau..Din telah kembali dengan cerita2 panas, gosip2 hangat, cerita2 kelakar dan kisah2 sedih yang sememangnya, dapat mewarnai hidup anda..

Dan untuk pengetahuan umum, aku terpaksa merahsiakan nama sebenar Din ni atas sebab2 yang munasabah..

Jangan risau para pembaca..
Din telah kembali..
Dan hatinya kini berbunga..
Okay..yg pasal berbunga tu, utk tarik perhatian je =P

Friday, 13 November 2015

Bake the cake (1st attempt)

Aku ada try buat kek..
Sebab resepinya bagi aku agak simple..
Memang dah hafal la bahan-bahannya..

Tapi aku taknak bagitau kat sini dulu..
Tunggu sampai jadi kek yang rasanya seakan-akan kek..

Sebab semalam aku buat, kek tu memang menjadi..cumanya rasa tu tak macam rasa kek langsung..adehh

Tapi silap aku jugak..aku ingat soda bikarbonat dengan tepung penaik tu benda yang sama..aku bantai je la..

Skang ni aku dalam misi mencari tepung penaik..kalau boleh, memang aku nak carik yg sama macam masterchef aku ajarkan tu..

Yela..kalau bahan-bahannya semua sama, possibility utk jadi kek dan rasa kek akan jadi lebih tinggi ye tak..hahaha

Jangan risau..bak kata masterchef, kek ni tak fancy macam kat kedai tu pon..tak kesahlah chef..asalkan buat then menjadi, happy sungguh dah..haha

Selain silap tepung penaik, aku rasa salah satu faktor tak jadi rasa kek sebab aku letak dlm microwave, 3 kali ganda dari masa yg masterchef suruh aku letak..dia suruh aku letak dlm 2.5 minit..mula2 aku tggu 2.5 minit, mcm tak masak, 5 minit, tak masak jugak, last2 sampai 7.5 minit..haha..padan muka aku..pandai-pandai lagi..

Tapi aku still rasa la the 1st ever kek yang aku buat sendri..malu lah klu tak rasa kek buatan sendri kan..haha..mmg hangit..rasa dia, ermm macam mana ea nak cakap..mcm takde rasa la..kosong..maybe sebab lama sgt kot bakarnye..

Takpe la mal..

Aku ingt nak tulis entry pasal kek ni bila betul2 dah menjadi kek..tapi aku tersekat kat tesco ni pasal hujan..so, bosan punya pasal, aku cite la 1st attempt aku dlm pembuatan kek coklat ni..

Hobby?
not so sure la..but macam quite interesting la sebenarnye..haha

Takde lidi kat rumah..so aku cucuk guna garpu je utk test dah masak ke blom..power kan

Jangan puji..nak ambil order boleh (^_^)

Monday, 2 November 2015

Jatuh

Bagi aku, jatuh itu perlu..
Tak kesah la jatuh sedalam mana..

Masing-masing ada tiba masanya nanti..
Ada tahap jatuhnya sendiri..
Jangan dibandingkan luka jatuhnya diri,
Setiap orang ada kemampuannya sendiri..

Jatuh, satu hal..
Apa yang membuatkan ianya manis, ialah bila tiba saat kita bangun..

Bangun secepat boleh dari jatuh..
Itulah yang lebih penting..

Tapi jangan dilupakan saat kita jatuh..
Mungkin itu boleh jadi inspirasi sejati untuk kita..
Mungkin dengan jatuh itu ajar kita 1001 perkara..

Aku pun pernah jatuh..
Jatuh motor..
Okay....
Itu tak lawak..
Itu sakit sebenarnya..
Hahaha..

Kadang-kadang,
Tengok orang keliling kita,
Happy je semuanya setiap masa..
Jeles tengok..

Takpe la mal..
Ada la tu nanti bahagian kau tu..
(Ayat pujuk diri sendiri)

Aku sebenarnya suka jatuh ni..
Lagi-lagi jatuh masa main bola..
Kau rasa macam puas tau bila kena tackle atas padang..
Pastu jatuhnya memang pedih la, tapi puas..
Kalau atas court futsal aku jarang jatuh, tapi lebih pedih la dari jatuh atas padang..

Okay sudahlah mal membebel..

Semoga setiap kisah ceritera kita atleast, boleh jadi inspirasi buat orang lain..

Ni hah aku kasi pantun skit :

Banyak bercakap, lapar rasanya,
Makan maggi goreng di restoran ali,
Hiďup ini begitu asam garamnya,
Bila kita jatuh, bangunlah kembali,



Saturday, 3 October 2015

Kita apa tau

Tidak semestinya dapat petanda mimpi..

Ada setengah benda, dapat petanda dengan kelancaran proses tersebut..

InsyaAllah, Allah akan memudahkan jalan untuk kita jika itu yang terbaik..

Trust Him..


Thursday, 1 October 2015

Perasan tak?

Perasan tak?

Bila kita sakit,
sujud kita jadi lebih lama..
Rukuk kita jadi lebih lama..
Solat kita jadi lebih lama..

Mungkin sebelum ni, masa aku sihat,
Sujudku, rukukku, lebih sekejap..

Aku bukan apa..
Kadang2 terlihat perbandingan solat diwaktu sihat dan sakit..



Tuesday, 29 September 2015

Uncle Cina

Tiba-tiba, teringat pula kata-kata uncle cina ditempat aku pratikal dulu..

"U sapa nama?Kasi u punya tapak tangan sikijap" kata uncle cina itu bersahaja..Pada mulanya aku takut..Apahal mahu dibuatnya dengan tapak tangan aku?Sambil menghulurkan tangan, aku pun berkata, "Akmal uncle..akmal nama saya.."..Rupanya, memang setiap orang yang berjumpa buat kali pertama dengannya akan ditilik nasib ataupun dengan kata yang lebih "Islam", akan dihuraikan karakter si pemunya tapak tangan tersebut..Tapak ku basah..Berpeluh..Takut-takut karakter ku tidaklah sehebat mana..haha.."Oo..u ni kan akmal, u ni, senang jatuh cinta ooohh", kata uncle cina dengan selamba..aku bingung sekejap..sebab dari aku kecil sampailah aku berpraktikal itu, tidaklah ku punya buah hati secara rasmi.."Ahh uncle..ye ye je uncle..", kata aku tanda menidakkan tilikan tersebut..jauh dalam sudut hati aku, ada benarnya kata uncle cina itu..

Tiba-tiba, aku rasa nak tidur..yelah..baru lepas tengok game arsenal ni tadi..champions league..lawan olympiacos..kalah beb..frust jangan tanya la tahap mana..

Okay..sampai situ saja cerita uncle cina..rasanya aku pernah post sebelum ni..check la sendri ye kawan2..

Semoga Allah ampunkan semua dosa aku & kalian,  dosa kedua ibu bapa aku & kalian, dosa guru-guru aku & kalian, dan dosa orang Islam yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..aminnn

Friday, 18 September 2015

Kekurangannya menjadi kelebihannya

Aku ada seorang sahabat..
Sahabat baru..
Biarlah perkenalan dengannya menjadi rahsia..

Pandangan pertama, aku nilai dia..
Seorang yang aktif..
Seorang yang periang..
Seorang yang ceria..

Dia mengaku..
Mengaku dengan sendiri..
Mempunyai masalah tentang kemurungan..
Pada mulanya, aku ingat, kemurungan biasa..
Alah, apalagi faktor kemurungan yang kamu tahu,
Gagal dalam pembelajaran..
Gagal dalam percintaan..
Itulah antara 2 benda yang aku agak menyebabkan kemurungannya..

Dan aku ternyata salah..
Disebabkan kemurungan itulah,
Pembelajarannya terganggu..
Disebabkan kemurungan itulah,
Percintaannya akhirnya menjadi perpisahan..

Kamu semua tahu,
Pernah dengar tak tentang "major depression"?
Tak tahu? Takpa..google kan ada..

Ianya bukan kemurungan yang disebabkan emosi yang tidak terkawal,
Ianya merupakan satu penyakit kemurungan..
Yang memang ada dicipta khas satu ubat, untuk melegakan sikit kemurungannya..

Satu penyakit biological,
Yang tidak boleh dikawal macam tu je..
Ya, memang akan ada sedikit pelupa nya..
Harap-harap dia tak lupa yang telah berkenalan denganku sudahlah..
Okay..tu bergurau..haha

Dan,
Aku terfikir..
Baru saja terfikir..
Ada rupanya penyakit sebegini..
Pada mulanya aku kesian,
Tipulah kalau aku cakap tak kesian kan..
Tapi kesian itu pada mulanya..

Aku mengagak,
Adakah aku cemburu dengan dia?
Bukan apa..
Cemburu disini bermaksud..
Ya Allah, kuat sungguh orang ni punya sabar dan tabah menghadapi dugaan Mu..
Aku ini, yang Engkau timpakan sedikit masalah berbanding dia, terus jatuh..
Makan masa lah untuk bangun..
Ya..yang itu aku cemburu..
Dia punya sabar, dia punya tabah, dia punya bangun..
Kita apa tahu..

Dia seringkali bilang,
Hanya orang yang mengalaminya akan memahami benda ini..

Ini juga merupakan sahabat pertama ku yang mempunyai masalah sebegini..
Jangan risau sahabat..

Kekuranganmu, telah menjadi kelebihan untukmu sahabat..

Aku harap, kau cekal teruskan hidup, dan mencapai matlamat untuk gembirakan mak ayah kau dengan adanya kerjaya sendiri nanti..


Dari sahabat barumu,

Muhammad Akmal B. Suhaimi


P/s : Alhamdulillah..bertambah seorang kawan.. (^_^)




Tuesday, 15 September 2015

Main futsal/bola

Esok aku ada tournament futsal..
Pastu mak ada mesej tanya pasal master..

Aku cakap, master insyaAllah dalam minggu ni siap..dan aku tambah, aku bagitau mak yg esok ada tournament futsal..

Mak tak membantah..mak kata, mainlah asalkan master tu priotity..mak siap kata, anggap ini macam self reward..mak kata macam tu pon aku boleh lega, rasa macam dah habis master..ewahhh..haha

Selama aku main bola/futsal ni, memang tak nampak sangat supportive nya..dari ayah, ada la skit..sebab ayah dulu ada la jugak nampak gambar dia dalam satu team pasukan bola..

Mak tak supportive tu, takda la dia membantah ke apa..cumanya, tak nampak la dia tanya apa2 pasal aku tentang bola/futsal..haha

Sebenarnya, aku dulu, berharap jugak, mak hadir, tengok aku beraksi atas padang..masa wakil sekolah rendah dulu la..ye, memang berharap sangat..tapi aku berharap tu, bukan masa tu..masa dah besar mcm ni baru aku mengharap kisah macam tu..utk dibuat kenangan kan..haha

Tapi kan, tak supportive pon, mak pernah hadiahkan aku boot bola..pehhhh..nak tau mcm mana aku bleh dapat?jap..aku type sambil hisap rokok jap..tunggu ye

Masa darjah 5, aku pernah dapat no2 dalam kelas..dan selalunya, kalau benda2 mcm ni, mak cuma raikan dgn belanja makan kat restoran ke, belanja kfc ke..itu je..buat pengetahuan semua, aku sekeluarga dulu mmg jarang sgt makan luar..boleh kira lah berapa kali je..pastu bila dpt no2, aku cakap kat mak, takyah la belanja makan restoran..mak beli la hadiah..hahaha..tapi tak jugak..mak mmg belanja makan restoran jugak..so, lps selang beberapa hari, aku ikut mak pegi pasar malam..mak suruh pilih boot bola..itu merupakan boot bola yg pertama aku ada..slam king brand nye..alaaa, mcm kasut org potong rumput tu..sblm ni pinjam boot member je..tapi aku main bola utk skolah tak lama pon..darjah 5 dan 6 je..masa form 1 tak turun selection..pastu masa form 2 pindah k.l, takda geng..main pon ptg2 laa..haha

Itula dia kisah nya..
Terima kasih mak..
Amal sayang mak ye..
Amal tak harap pon mak baca blog ni..
Cuma nak mak tau, amal akan buat yg terbaik utk family kita..
Dan mak jugak dah berikan amal yg terbaik..
Dan satu pesanan utk imah, adik aku yg slalu jugak la kot baca blog aku ni..ko jgn kasi mak baca ye imah blog amal ni..siap ko..hahaha

Lagi satu kawan2, esok aku ada tournament futsal..16 september 2015..kat ferro, subang..doakan menang dan tak injured ye..

InsyaAllah, aku main dgn hati..tapi tula, kadang2 amarah ni lain mcm skit atas court futsal ye tak..hehe

Smoga yg baca entri ni baik2 saja, aku doakan kalian berjaya dan bahagia dunia akhirat..

Apa2 hal pun, family first bro
Cakkk.. (^_^)

Friday, 28 August 2015

Lesson

Lesson 1:

Dont let your loyalty become salvery, never compromise on self respect

Lesson 2:

Characterize people by their actions, not their words

Lesson 3:

You are allowed to terminate toxic relationship

Lesson 4:

You cant change someone who doesnt see an issue with their action


-Poems Porn