Wednesday, 28 September 2011

Kali Pertama Ku Tersenyum Girang

Kali Pertama Ku Tersenyum Girang menerima ujian dari Allah..
beratkah ujian dari-Nya??memang tidak seberat Bilal bin Robah..memang tidak seberat para sahabat Nabi menghadapi ujian dari-Nya..namun aku manusia biasa..mudah saja tergoda dengan nafsu amarah, nafsu bengang dan nafsu-nafsu yang membawa kepada kecelakaan..

Kisahnya bermula ...

Aku, mak, dan adikku bernama Aiman mahu melawat ayahku di hospital Serdang. Ayahku di hospital kerana kadaran gulanya agak tinggi. Kami bertiga pun bertolak dari Taman Melawati ke Hospital Serdang lebih kurang jam 4 petang.

          Ujian Pertama

Keretaku beratur panjang untuk membayar tol di Tol Besraya di Sungai Besi. Tiba-tiba, klutch keretaku bagaikan mati entah bagaimana. Apabila ku pijaknya, tindakbalasnya lemah longlai. Maknanya, klutch keretaku tidak berfungsi di tengah-tengah banjiran kereta yang lain. Panik aku dibuatnya. Hanya tinggal 6-7 buah kereta dihadapanku ketika menunggu giliran membayar tol. Aku cuba bermain dengan klutch tersebut dengan menendangnya berulang kali. Nyata usahaku membuahkan hasil. Klutch keretaku kembali berfungsi. Tiba-tiba, setelah selesai sahaja membayar tol, klutch keretaku mula meragam seperti tadi. Ianya tidak berfungsi. Aku hanya memekakkan telinga mendengar jeritan kenderaan di belakangku yang berbunyi "pin pin"..Dalam masa lebih kurang 3 minit, klutch keretaku berfungsi semula. Aku pelik. Dan tanpa berfikir panjang, aku terus memberhentikan keretaku di bahu jalan dahulu. Dan terjadilah dialog antara aku dan emakku...

mak : Kenapa berhenti??

aku  : Jap jap..tadi klutch ni kejap ok..kejap tak..alang-alang baik parking tepi dulu..kang dibuatnya                 berhenti di tengah jalan, pedih mak..

mak  : okay okay..pandai anak mak..

Setelah aku mencuba berulang kali, klutchku masih lagi berfungsi seperti sedia kala..aku pun mengucapkan Alhamdulillah..


Setelah sampai di Hospital Serdang, aku, Aiman, dan emakku berbual mesra bersama ayah. Di hospital, adik perempuanku bernama Azmah, menemani ayah hampir setiap malam di hospital. Dia ni memang bagus. Jadi, pada hari tersebut, emakku menyuruh Azmah mengikutku balik ke rumah kerana dia sudah lama tidak menjenguk rumah. Lepas sahaja solat magrib, aku, Aiman dan Azmah pun bertolak pulang dari Hospital Serdang ke Taman Melawati.

     Ujian Kedua

Dalam perjalanan pulang, keadaan lalulintas begitu sesak lebih kurang pukul 8.30 malam. Macam biasa, aku pun menunggu giliran membayar tol di tol Besraya. Sedang aku bermain gear 1 kerana mahu menggerakkan kereta, tiba-tiba klutch keretaku kembali tidak berfungsi. Aku tenang kerana aku tahu bahawa ianya akan berfungsi semula. Hampir 5 minit, klutch keretaku kembali berfungsi. Pada masa itu, deretan kereta untuk membayar tol memang panjang. Aku rasa didepanku terdapat 9 - 10 buah kereta menunggu giliran. Dan sekali lagi, klutch keretaku tidak berfungsi. Dan aku cuba dan terus mencuba tetapi klutch tidak lagi berfungsi. Aku pun dengan segera menyalakan lampu kecemasan. Dan ketika itu, aku berfikir. Di dalam kereta ini, cuma ada Aiman dan Azmah. Agak payah bagiku untuk menolak kereta ini di bahu jalan. 10 minit berlalu. Aku pun terus bermain memijak klutch tapi ia tetap tidak berfungsi. Kereta di belakangku memahami isyarat keretaku bahawa keretaku rosak.

     Ujian Ketiga

Tapi tiba-tiba, ada seorang Cina, tidak lah begitu tua, mengetuk tingkap keretaku. Mulanya, aku bersyukur kerana ada juga orang yang mahu menolong. Tetapi lain pula jadinya. Bacalah dialognya di bawah ini ....

Apek : heii..kereta lu apa pasat??losak ka??

Aku   : kejap ok kejap tak..ni yang saya tgh try ni..mula2 klutch mati, then elok balik..lepas 2-3 minit tu, mati pulak..

Apek : lu tolak tepi maa lu punya keleta..olang mau lalu ini jalan maa..

Aku  : Lu tak nampak ke saya dah bagi emergency lamp..kereta yg lain elok je lalu tepi saya..

(Di dalam dialog ini, terdapat lagi ayat2 yang boleh buat gaduh..tapi agak kasar tu.. tu yang aku tak tulis skali tu))

Dalam pada itu, hatiku tiba-tiba panas membara. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku menumbuk muka Apek tersebut. Serius. Aku menaikkan nada suara ku. Memang aku tersangatlah marah ketika itu. Aku pandang adik-adikku, dan niatku untuk bergaduh dengan Apek tu terus runtuh. Pertelingkahan antara aku dengan Apek memang menjadi tontonan banjiran kereta.  Aku pun menutup pintu keretaku dan Apek tu pun blah. Setelah aku membuat beberapa panggilan, aku bercadang untuk menolak keretaku ketepi jalan. Aku menyuruh Aiman menolak kereta, Azmah menjaga laluan kereta di belakang dan aku pula mengawal kereta kerana adik-adikku tidak tahu membawa kereta.

Penutup...

Dan setelah dikesan oleh  pengawal tol, mereka pun meletakkan kon pada jalan belakang keretaku kerana itu merupakan laluan motosikal. Dikhuatiri akan dilanggar oleh motosikal jikalau tidak meletakkan kon. Dan emak saudaraku pun tiba untuk mengambil aku adik-beradik untuk di bawa pulang ke taman melawati. Keretaku itu dibiarkan dulu disana dan diuruskan pada keesokkan harinya.

P/S : rasanya, kalau aku tidak bergaduh dgn Cina tu, mmg aku tak tulis dlm blog ni cerita tentang kereta rosak ni..mmg aku bengang time tu..kereta aku tgh rosak, aku tgh demam, pening, pastu dia plak tetiba dtg nak macam gengster je..aku cakap elok2, dia cakap kasar2..aii..mana nak tahan beb..tapi tu suma masa kejadian..selepas kejadian itu, iaitu semasa aku menunggu emak saudaraku mengambil ku, aku tersenyum girang menerima ujian sebegitu dari-Nya..amin...

Thursday, 22 September 2011

Aku dah lenguh

Salam..memang lenguh bila tidur tidak berbantal..apatah lagi bila paras kepala berada di bawah paras badan, bukannya paras laut..selain itu, lenguh juga tengkuk ku ini bila laptop kawan ini, monitornya di atas meja dan external keyboardnya berada di bawah..takpa2..itu boleh lagi tahan..yang tak tahannya bila aku bermain game bola..aiyoo..tangan pun lenguh beb..cakap pasal lenguh ni, baru start seminggu ni, training bolaku berjalan dengan lebih sistematik dengan adanya coach terlatih..1st day..lepas traning, badanku...peehh..lenguh beb..ape celup wa cakap luu..tapi lama2 rasanya ok laa..permainanku pun mungkin akan bertambah menarik..hah hah ahah..aku tulis benda ni bukan sebab pa..member aku peringatkan aku..katanya "Mal, ko tak update ke??" aku pun apa lagi, sedang lenguh2 ni, tu yang aku buat tajuk pasal lenguh..lain kali bila ada orang suruh aku update tak kira laa waktu tu aku sedang lenguh ka, pening ka, demam ka, akan ku cuba untuk updatekan blog ku..

Saturday, 23 July 2011

Tersebak sebentar..


Seorang bapa baru pulang dari kerja. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Kepulangannya disambut oleh si anak yang kecil (masih belajar di tadika). Ketika di ruang tamu, si anak asyik bermuram muka. Sesekali dia menjeling si ayah yang asyik menonton rancangan di TV. Tiba-tiba si anak bersuara,

"Ayah pergi mana tadi?"

"Ayah pergi kerja", jawab si ayah, ringkas.

"Kenapa ayah kerja?" soal si anak.

"Untuk cari duit" balas si ayah pula.

"Oh.." jawab si anak lalu kembali muram.

Keesokan harinya, ketika si bapa pulang kerja, si anak itu bertanya lagi,


"Ayah pergi mana tadi?"

"Ayah pergi kerja, cari duit" balas si ayah lalu terus berlalu.

Si anak terdiam.

Esoknya si anak tidak lagi menyambut kepulangan ayahnya. Dia lebih banyak duduk berseorangan dan kadangkala ke hulu hilir seolah-olah mencari sesuatu. Hal ini berlarutan selama beberapa hari.

Suatu hari, ketika si ayah pulang dari kerja, lebih kurang pukul 9 lebih, si anak datang menyambutnya dengan soalan,

"Ayah, gaji ayah berapa sejam?"

Si ayah yang masih keletihan terus melenting, "Eh budak ni, kenapa kau nak tanya pulak?"

Si anak terus tunduk dan menjawab, "Adik cuma... nak tahu...", lalu beberapa butir air mata mengalir di pipinya.

Si ayah terasa bersalah lalu menjawab, "Gaji ayah 30 ringgit sejam, kenapa?"

Si anak terdiam seketika lalu berkata, "Boleh adik pinjam 10 ringgit?"

Si ayah berasa hairan, lalu mengeluarkan dompet dan memberi sehelai wang 10 ringgit kepada anaknya.

Si anak tersenyum dan bergegas ke biliknya. Si ayah yang masih tertanya-tanya itu perlahan-lahan mengekorinya anaknya.

Di dalam bilik, si anak itu memasukkan tangan ke bawah bantal lalu mengeluarkan wang sebanyak 20 ringgit.

Lantas si ayah bertanya, "Eh adik nak buat apa dengan duit banyak-banyak ni?"

Si anak kemudiannya menghulurkan wang itu kepada ayahnya.

"Ini 20 ringgit, campur 10 ringgit, jadi 30 ringgit. Adik nak beli ayah sejam saja. Esok ayah pulang awal ya, kita makan malam sama-sama.."

Terkedu hati si ayah mendengar jawapan si anak, lalu dipeluk anaknya sambil menangis.

Monday, 11 July 2011

Cerita Tentang Din (Episod 3)-Din ber"beckam"



Din..nama yg simple..tapi membawa makna yang padat...lagipun senang nak sebut..cuma 1 patah perkataan sahaja..Din juga seperti insan yang lain..mahu membawa pembaharuan kepada dirinya..

Di suatu hening kening pagi, Din berbual bersama his mother..Din sebagai D..maknya sebagai M..

M : Din ni elok bawak pegi bekam je..
D :Selambe mak..takde hal..boleh je..
M : Nanti laa..ayah try setting dgn ustaz Jamal..
D :Cantik sgt laa tu..asyik dengar orang berbekam je..Din pun nak rasa juga berbekam ni..

Itulah perbualan antara Din dan emaknya..sebenarnya ada lagi, tapi takat tu je yang dia ingat..so, Din pun confem laa nak pegi berbekam..adiknya juga akan dibawa bersama..

Tiba sehari sebelum hari kejadian..Din merasa resah..takut, nerves, cuak..macam2 ada..risaukan pasal bekam tu..bekam..terus Din pikir kat kepala..tapi dalam hati Din, dia mendengar ada orang berkata "Rilek Din"..So, ke"nerves"sannya pun berkurangan..Then, ayahnya memberitahu bahawa Din sorang je yg buat bekam esok..adiknya tidak dapat kerana doktor bekam utk perempuan punya telah jatuh sakit..

Di hari kejadian..9 Julai...

Sedang on the way ke pusat perubatan ustaz Jamal..eh..ustaz Jamal pulak..Doktor Jamal laa..dalam hati Din terdetik untuk mengetahui tentang perkembangan Bersih..tiba di pusat tersebut, cuma ada pembantu Dr. Jamal je..Doktornya masih belum sampai sih..So, Din pun rilek..Sedang dia rilek, dia terdengar bunyi muzik yang sungguh kuat dari luar..ada orang main drum, main ape ntah lagi..dia pun tak brape nak ingat..dia pun usha laa..siap ada kereta polis..ingatkan budak2 Bersih..rupanya ada seorang yg berbangsa Cina telah meninggalkan dunia ini..So, Din pun rilek2..

Tibanya Doktor Jamal...

Din salam dengannya..Din cuma pergi bersama ayahnya..So, di pusat itu terdapat 4 orang..Din, ayahnya, Doktor Jamal, dan pembantunya, Jali (bukan nama sebenar, sebab aku tak tau nama sebenar dia)..Dr. Jamal bersembang bersama Din dan ayahnya..sedang leka bersembang pasal Bersih sume, Jali pun memanggil Dr. Jamal..memberitahu tentang kelengkapan untuk berbekam telah siap sedia..Din pun ape lagi, terkejut laa kan..ahaha..ape ntah terkejutnya..patutnya nerves..

Di bilik berbekam...

Dr Jamal menyuruh Din menanggal baju..dan ternampak laa 6 hingga 8 ketulan otot di badan Din..segan rasanya..ahaha..Din pun baring laa di atas sebuah katil..Dr. Jamal menyuruhnya meniarap..ok2..sebelum tu aku nak kenalkan kat hangpa2 suma, apparatus2 untuk berbekam..ada gambar beb,,jgn risau..

Ni alat untuk membuat lubang di badan..nak bagi keluar darah..katanya ni namanya pen..ada lagi satu alat namanya pisau

Ni cam basmi kuman laa..

ni antiseptic cream..

Haa..ini lah alat pengepamnya..yg kat bawah tu namanya "cup"
Ok..dah kenal dah apparatus2 nya??sambung balik ceritera tadi heh..

Proses 1

Jali menyapu badan Din menggunakan kain..disertakan sekali ubat ape ntah disapu..lupa plak nak tanya..then,
Dr. Jamal mengenal pasti titik2 di badan Din..setiap diteliti, Dr. Jamal menyuruh Jali membuat 5 cup..maknanya kat blakang badan Din nanti, ada 5 lubang..lubang ni dipilih berdasarkan kriteria2 ape ntah aritu dia cakap..tapi kat tepi tu ada laa gambar manusia dan point2 yg nak dicucuknya..contohnya kat bahagian atas kiri tu, untuk jantung..yg lain2 tu aku tak brape nak ingat,,
Din tenang menghadapinya




Proses 2

Jali pun ingat titik2 tu, dan mula mengepam..satu per satu..dia letak cup tu kat badan..then letak pam kat atas cup tu, dan terus mengepam..senang je nak pam nya..cuma tarik picunya ke atas..Din mengira bahawa yg Jali mengepam 3 kali setiap satu cup..
Dr. Jamal kata kalau makin tinggi benjol tu, maknanya banyak laaa toksin2 dan darah2 kotor


Proses 3

Bila dah pam semuanya, Din bertanya Jali berapa lama nak dibiarkan ni??Jali kata agak2 5 minit camtu laa..kalau lama sgt pun tak boleh katanya..selepas 5 minit, Jali mencabut semula cup tu..setelah mencabut, Jali mengelap permukaan dalam cup tu..katanya, yg warna itam itulah toksik, angin semua laahh..


Proses 4

Bagi Din, proses ke 4 inilah yg paling sakit antara semua proses..padahal baginya tak laa sakit mana..geli je lebih..sebab Din mengalami kegelian di bahagian belakang badannya..so, Jali pun mula menebuk badan Din..untuk cup ke 1-3 tu mmg rasa geli..sampai ke cup ke 4 dan 5, pehh..agak pedih laa..Tapi boleh tahan laa jgn risau..lepas Jali tebuk, dia terus letak cup dan pam 3 kali..darah pun mula mengalir keluar dari badan..menggunakan kuasa vacuum laa konon..padahal Jali dah tebuk badan Din, maunya darah tak keluar..ahaha..tapi bende ni mmg pedih skit..standard laa tu..
brader Jali tekun menebuk badan

akibat ditebuk brader Jali


Proses 5

Ssatu cup biasanya ada dalam 25-20 tebuk..so, selesai 5 cup tadi, brader Jali pun kata yg ni pun tunggu agak2 5 minit..abis laa darah sume keluar dari badan..tapi terkurung di dalam cup je laa..


tersenyum riang










darah mula keluar

Rambut Din suka sangat melengkung..tapi bukan itu yg mahu dibincangkan..tgk cup tu..darah mula bertambah

Proses 6

Bila dah 5 minit camtu, Jali pun menanggalkan cup tersebut secara berhati-hati..disediakannya tisu ditepi bahagian Din supaya darah tidak jatuh atas katil..Jali dengan cermat membuatnya..dilapnya darah2 yang agak pekat..macam ketul2 katanya..itulah darah kotor katanya..Din cuma mengangguk menunjukkan tanda faham..
brader Jali mengelap dan membersihkan darah dengan cermat sekali

Proses 7

Setelah selesai mencabut semua cup, Jali pun menyapu ubat antiseptic dengan ubat ape ntah yg kat atas tadi tu..untuk membasmi kuman..cuma sedikit je pedihnya..Bagi Din, itulah namanya perubatan..sakit dulu, sihat kemudian..
ubat antiseptic cap dettol


haa...habis..Din pun bangun dari katil tersebut..Din pun mula sembang dengan Jali..Din sebagai D..Jali sebagai J..

D : Baik laa bang..dah lama ke bekam orang ni??
J  : takde laa..baru je ni hah..tgh praktikal skng..
D : oo..tapi ok laa tadi..takde laa sakit sgt..

Dalam hati Din terdetik mahu belajar membuat bekam..Setelah selesai bekam Din, giliran ayahnya pula berbekam..So, Din pun lepak kat luar dulu..usha2 akuarium jap..

rupanya dalam akuarium ni ada sejenis ikan kecil..ikan ni mula2 sebagai mangsa..ntah kenapa pemangsa tidak memakannya..setelah diperhati, rupa-rupanya kat bawah dagu ikan tu ada cam misai..cam ikan keli tu..sengat laa lebih kurang..sebab tu pemangsa tidak memakannya..


So, dalam cerita yang tidak seberapa ini, Din ingin memberitahu ataupun mengajak anda semua untuk cuba berbekam..setelah dibekam, Din bantai tido..Masa Din bangun dari tidur, dia merasakan badannya lebih ringan berbanding sebelum bekam..dah le lepas bekam ni Din ada game futsal..memang cam Samir Nasri laa nanti Din di atas court futsal..laju oo..ohhoho..so, cubalah..lagi satu..benda ni sunat kan..peace yoo..assalamualaikum!!!
takde kena mengena pasal tajuk..cuma hiasan peribadi..=)





Friday, 24 June 2011

Cerita Tentang Din (Episod 2)

Add caption
Din (bukan nama kucing)..seorang yang berfikiran kolot..acapkali dia terfikir..baginya, masih terlalu awal dalam mencari teman seperjuangan hidup dan mati..Din sering kali terlihat akan pasangan-pasangan kekasih yang selalu bersidai atau tersidai di dalam shopping kompleks, di taman-taman permainan, di gerai-gerai makan, di tempat-tempat pengajian..tetapi dia tetap rilek..jeles??huh..jauh sekali panggang dari api..bagi Din, dia hanya berdoa untuk pasangan tersebut hinggga ke akhir hayat mereka..sampai ke anak, cucu, cicit, pipit, cirit, birit....


Seperti insan-insan yang lain, Din juga tidak terlepas dari skandal-skandal sejak dari errrmmm...tingkatan 1 lagi..tidaklah begitu famous..tapi cukuplah hanya kawan-kawan sekelas mengetahuinya..alaa..macam secret admire laa....kelas budak perempuan itu bersebelahan dengan kelas Din..kadang-kala, Din tersempak dengan perempuan itu tapi dibuat derkk je..Tapi di dada, hatinya berdegup kencang bagai rembatan Robin Van Persie (pemain Arsenal)..

Kelas Din terletak di antara kelas perempuan..ahhh...tak sedap laa nak tulis perempuan..ernn..jap ek..aku kasi nama samaran kat pompuan tu...Fatimah (nama opah)...so, sambung balik yang tadi, kelas Din terletak di antara kelas Fatimah dan tandas perempuan..So, setiap kali Fatimah mahu ke tandas, Din secara automatik memandang ke luar tingkap..dan nyata Fatimah memberi respon yang positif kucing..maknanya malu2 kucing..tapi still pandang juga..Bagi Din, itu lah peluang terbaik yang dia ada setakat itu..


Ada suatu ketika, Fatimah hanya berjalan terus ke depan tanpa menoleh ke kelas Din..tapi Din tetap juga dengan proses peng"usha"haannya..Rupanya, Fatimah kena memanggil salah seorang budak kelas Din, tetapi malu dengan Din punya pasal, tu yang dia straight je tuh..Masa pon berlalu..Pada suatu ketika, Din terpilih sebagai wakil sekolah dalam acara catur ataupun dlm bahasa pasarnya, chess..Fatimah juga terpilih..Din gelisah..Katanya dalam hati "alamak...." itu je..

Din terpaksa menghadapi sikap segannya itu dengan sendiri..Pada waktu latihan chess, Din sering kali memilih orang selain Fatimah untuk dibuat pihak lawan..Din takut Fatimah akan kalah nanti..Padahal bukan sebab itu..sebabnya ialah Din segan..Akhirnya, pertandingan chess itu telah tiba..tuan rumahnya merupakan sekolah ape ntah namenyer..tapi jauhnya macam jauh klcc ke zoo negara..lebih kurang camtu laa..Sebelum perlawanan sebenar bermula, cikgu yg meng"handle" budak2 chess ni, iaitu Cikgu Jasmin Oii (ni nama sebenar cikgu tu..Din masih ingat lagi..tapi mgkin salah ejaan je..sebutan dah betol), meminta pelajar utk training sekejap di tepi..so, pemain2yang lain dah ambil lawan masing2..tinggallah Din bersama Fatimah..dengan selambanya Din berkata kepada Fatimah, "Jom main...chess"..dan Fatimah pun mengangguk sambil tersipu-sipu..ape yg disipunya pun Din tak tau..So, latihan bersama Fatimah pun bermula..Fatimah bertanya " Awk dulu, sapa yang ajar main chess??"..

Din tersentak..bukan apa..sebab zipnya terlupa untuk ditutupin..Din pun dengan tidak berfikir pun berkata "Kakak saya yang ajar..saya selalu je main chess dgn dia"..Fatimah menyambung "Pandai juga kakak awak tu..dia sekolah sama dgn kite jugak eh??"..Din pun mengangguk kepala..Padahal Din yg ajar kakaknya bermain chess..Fatimah pon terus bertanyakan tentang kakak Din..

Tiba2, perlawanan sebenar hendak bermula..So, setelah mengambil lawan masing2, permainan pun bermula..Din berkata dalam hati "Apa laa..last2 sembang pasal akak je..cait.."So, bila Din teringatkan pasal perbualan bersama Fatimah itu pun, dia leka..fokusnya lebih kpd perbualan bersama Fatimah sebentar tadi..so, bila fokus kurang, fikiran mula melayang..dan ternyata, Din kalah pada perlawanan pertama..apabila Din keluar dari dewan perlawanan, Fatimah terus mendapatkan Din seraya berkata "Macam mana awak??Menang??"...Din pun sambil tersenyum berkata "Kalah laa..Awak??"..Fatimah menjawab "Saya menang..guna 4 steps"rupanya menang disebabkan menggunakan teknik 4 steps..iaitu taktik..oo..patut laa Fatimah keluar awal tadi..mengalahkan pihak lawan hanya menggunakan 4 langkah sahaja..nak aku ajar, nanti laa yee..

so, Din pun agak kecewa dgn keputusan awal..apabila tiba di pusingan kedua, Din bermain bersungguh-sungguh dan meneliti setiap langkah2 buah catur yang dikawal oleh pihak lawannya..Keputusannya, Din menang..Kegembiraan Din hanya sementara apabila mengetahui Fatimah kalah pada pusingan kedua..konon2 cam ambil berat laa..sedih laa konon..then, pusingan ke 3, Din dan Fatimah bersama-sama melangkah keluar dewan sambil tersenyum..rupanya dua2 kalah..so, masa tu, wakil2 dari sekolah Din tiada harapan untuk mendapat pingat, secara individu mahupun berkumpulan..so, balik awal laa jawapnya..selepas pertandingan itu, rutin harian Din diteruskan, iaitu hanya mengusha Fatimah dari dlm kelas..Kemaluan Din masih tebal..setebal beam bersaiz 300mmx300mm..

Masa pon berlalu..Tau2, dah hampir sampai ke hujung tingkatan 1..Pastu kalau pompuan, standard laa, amik no telefon laa, biodata laa, alamat laa, email laa, makanan dan minumam kegemaran laa..Dan tiba2 buku tu pun sampai kat aku..Aku cuma baca ja..malas nak tulis..aku baca bersama seorg sahabat..Daim namanya..bukannya Daim dalam juvana tu tau..

Tiba2 Daim menyekat tanganku dari menyelak mukasurat yang lain..Dia pun berkata"Haa..Din..tu ada tu no Fatimah..amik laa beb.."..sambil menyalin no tersebut, Din pun berkata "segan aku..ahaha"..Din mempunyai no Fatimah tanpa pengetahuan Fatimah..no rumah je beb..time tu mane main henset2 ni..So, tingkatan 1 pun berlalu..Pada suatu malam, Daim memujuk Din untuk menelefon Fatimah..setelah dipujuk bagai menatang minyak yang penuh, Din pun setuju..tttrrrooottt tttrrrooottt...tttrrrooottt ttttrrrooott..bunyi kedengaran dari ganggang public phone..

tiba2 kedengaran suara laki "Assalamualaikum..ye, nak cakap dengan sape??"..Din pun dgn rilek nya berkata.."Fatimah ada??"Pastu ape benda ntah laki tu membebel kat Din..Din pun dgn coolnya meletakkan ganggang telefon tersebut dan mem"blah"kan dirinya sambil malu2 walaupon dlm telefon..So, Din kene pindah ke sekolah lain pada tingkatan 2..so, nmpaknya dia tiada lagi peluang utk berjumpa dengan Fatimah..sampai laaahh sekarang...

Din jugak mempunyai byk pengalaman untuk diceritakan..tetapi katanya, nanti2 lahh yee..=)

Ahli baru kumpulan Sepah!!!


Rupanya..ura2 tersebut memang benar belaka..bak kata orang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang..Ahli kumpulan Sepah, Jep telah reveal bahawa mereka mempunyai seorang ahli baru.."Saya pada mulanya tidak sangka beliau ni kelakar orangnya..sebab, pada saat pertemuan yg pertama saya dgn dia, mukanya ketat macam spender saya.."kata Jep. Setelah memenangi Maharaja Lawak 2011, Sepah bercadang untuk menukar nama kumpulan disebabkan ahlinya yang baru..Kata Shuib "Kami mahu meraikan ahli baru..So, kami akan menukar nama Sepah kepada Sepak"..Tiba2 Mamat mencelah "Saya memang sangat bernasib baik dapat bekerjasama bersama ahli baru ini..beliau sememangnya kelakar..hensem pulak tuh..Saya rasa klu dia tak jadi pelawak, dia mungkin bersama pasukan Barcelona sekarang..setaraf Messi"..

Saturday, 18 June 2011

Cerita Tentang Din

Gambar ni hanyalah rekaan semata-mata

Ade laa pulak satu kisah ni..budak laki ni namanya Din (bukan nama binatang). dia memamg cool aje..rilek je..tak kecoh pon..walaupun begitu, kalau dilihatnya benda yg tidak disukai, dia hanya berdiam diri..namun dalam hatinya siapa tau..mungkin bengang, mungkin marah, mungkin nanti..
Kisahnya bermula apabila Din mahu membeli santan yg disuruh oleh emaknya untuk membuat kari masak santan..ya, Din mmg anak yang mithali..So, Din pun pergi laa ke satu kedai yang bernama Kedai Runcit Buncit....

Tiba2 ada makcik lalu bersebelahan dengannya..makcik tu pun bertanya "Kamu nak beli ape nak?"..Din pun dgn coolnya menjawab "Saya nak beli santan."..makcik itu berkata "Jaga2 sikit nak oii..tuan punya kedai tu,tadi dia siap baling makcik dengan ais lagi.." aku pun bertanya kenapa..makcik tu kata "Makcik takde duit sangat..so makcik ingat nak beli rokok batang-batang..pastu tuan punya kedai tu baling ais kat makcik..dia siap raba2 makcik lagi..woohoo"..namun Din tetap cool dan hairan setelah mendengar cerita dari makcik tu tentang tuan punya kedai..kenapa makcik ni bersorak woohoo..Din pun memberi wang sebanyak rm8.50 kepada makcik itu sebagai tanda kesian..bagi Din, rm8.50 itu membawa kepada kepuasan kpd makcik tersebut..dengan hanya rm8.50, dapat laa makcik tadi membeli rokok winston merah sekotak..walaupun cool, tapi Din tetap panas mendengar cerita dari makcik tersebut..

Din pon pergi menerjah tuan punya kedai tu.."Weh Buncit, btol ke ko aritu penah baling ais kat makcik ni tadi??Apsal ko siap raba2 dia??Mana kau punya tatatertib haa.."Buncit yg sedang kekenyangan itu pun menjawab "Makcik tu gila laa Din.."..Dalam hati aku pula terdetik, alamak..aku kena tipu..dah laa duit untuk beli santan tadi tu telah aku beri kepadanya..
So, penutup cerita ni, Din dimarahi oleh emaknya kerana jika tiada santan, tak dapat laa buat kari..






So, moral of the story is jangan laa nak cool sangat..ahaha..aku actually mmg ada minat mahu menulis buku..mgkin ni sebagai permulaan..doakan aku weh..har har har..
                                                                                                                                                       7.31am..