Wednesday, 30 May 2012

Alhamdulillah..ramai kawan perempuanku sudah ber...................

Salam..baru-baru ni, eh...tidaklah begitu baru cerita yang ku ingin ceritakan ini..agak lama jugalah..

yang kebanyakan kawan-kawan perempuanku, yang dulunya tidak bertudung, kini sudah bertudung hoho..tahniah-tahniah..syukur..tetapi bertudung dengan menutup aurat merupakan perkara yang berbeza ya para sahabat..

bagiku, mungkin kalian semua memerlukan masa untuk berubah..bukan takat masa, kalian juga perlu ada nekad, tekad yang tinggi..sudah berapa lama anda tidak bertudung, tetapi akhirnya anda bertudung

perempuan yang aku maksudkan ini bukanlah seperti yang kejap pakai tudung, kejap tak pakai..hipokrit??ohh..tidak..aku tidak akan sama sekali menganggapnya sebagai hipokrit..kerana apa, kerana kita ni manusia lemah..ada saja kesilapan yang dibuatnya..

aku sendiri pun banyak dosa..astagfirullahal'azim..

kiranya, aku anggap perempuan sebegitu, mereka juga ada rasa erti malu pada sekian-sekian keadaan..

haa..baruku teringat..hari jumaat dulu, ada cerita "Dingin Lavenda" bukan..hoho..aku menontonnya pun kerana bosan..aku tengok watak A ni memang baik, mulia, suka tolong orang lain, mengambil berat, kuat agama..tapi kalaulah, perwatakan seperti ini dibawa sekali ke alam realiti oleh pelakon tersebut..aku tengok watak A tu pun sejuk hati memandang..jadi, kalian nampak tak apa yang inginku ketengahkan dalam cerita "Dingin Lavenda" ini?hoho..pandai-pandailah yaa..


jadi,

kepada perempuan di luar sana yang kejap pakai tudung, dan kejap tak pakai, ku doakan kalian dapat hidayah..samalah untuk ku juga kerana aku tidaklah sehebat mana..

kepada yang pakai tudung, ku doakan kalian dapat memakai tudung dengan sempurna dan sekaligus menutup aurat..

kepada perempuan yang suka pakai legging, sudah-sudahlah tu..tidak kiralah anda berpaha kecilkah atau besarkah, kaki anda putihkah atau hitamkah, adaku kesah? yang penting, aku geli dengan melihat pemakaian legging ini..
keluar rumah, cuma pakai baju dan legging saja, apa nak jadi kak oi? mak ayah mana yang tidak sedih? adik-beradik mana yang tidak berasa malu dan bersalah..

kesimpulannya, sama-samalah kita saling memperingati satu sama lain..akhirat makin hampir..sudahpun hampir..pasal yang sahabat perempuanku yang sudah bertudung itu, aku bangga dengan kalian..kalian boleh, yang lain bila lagi? kalau bertudung labuh pun, apa salahnya..lagi ayu begitu kan..   =D






jika engkau pinta, intan permata akan aku coba..pakai macam ni pun dah ok kak..tak payah nak lilit2 sana sini..nanti tersangkut kat pintu library sapa susah..

haaa..cerita ni lah yg aku maksudkan..perempuan yg pakai baju hitam tu lawa kan..

Wednesday, 2 May 2012

Terselak gambar lama

mael rambutnya dah macam payung

aku tak ingat time ni aku serius ke tak


gaya rambut aku ada cam rempit tak?? panjang dibelakang, berbelah di tepi dan tirus di tengah..kahkahkah

Saturday, 21 April 2012

BERSAHAJA



orang yang diam jangan dianggap sombong,

orang yang diam jangan dianggap bodoh,

orang yang diam jangan dianggap tidak mengerti apa,

orang yang diam jangan dianggap bersetuju,

orang yang diam jangan dianggap lurus bendul,

diam itu bagus,

diam itu lebih baik,

kalau tidak mengerti sesuatu, diamlah,

jangan bercakap seperti tahu sesuatu walhal kosong pasal itu,

kerana itulah kadang-kala aku lagi suka diam,

malas nak berbuih mulut,

aku bukan apa,

aku cuma BERSAHAJA.................

                                                      oleh   :        Muhammad Akmal Suhaimi, 2012,     
                                                      masa :         Sabtu 11.25 PM,  lepas game arsenal
                                                    tempat :         Depan laptop Hafizi Harun
Nur Azmah Binti Suhaimi...

adik aku ni macam dah jadi motivator..dulu dia ni presiden kelab pembimbing rakan sebaya..ala, yang pakai baju warna purple tuh..nak cakap itu ja sebab teringat kat dia..

Friday, 23 March 2012

Perubahan Memerlukan Masa

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatu.......

Berubah? Mengapa perlu berubah? Anda tidak memerlukan sebarang perubahan jika diri anda sudah lengkap. Diri yang lengkap itu merupakan sesuatu yang mustahil bagi manusia biasa seperti kita. Terutamanya bagi diriku ini. Banyak salah silap daripada pelbagai aspek. Dalam erti kata lain, berubah ialah berhijrah, bererti berpindah daripada yang negatif kepada yang positif.

Ya, memang benar. Apa yang benar? Kisah benar? TIdak sama sekali. Apa yang benar ialah sesuatu perubahan memerlukan masa, samada memerlukan masa yang singkat atau panjang.

Aku telah mengenalpasti beberapa perubahan yang ketara berlaku pada diriku dan juga orang sekelilingku. Di sini, aku ingin mengetengahkan beberapa jenis perubahan yang dapat kita ambil sebagai iktibar dan tauladan semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat dengan izin Allah.


Perubahan 1 : Aku sudah berhenti merokok sepenuhnya

Oh..ianya merupakan satu nikmat apabila ku sudah berhenti merokok. Apa tidaknya, wang saku dapat dijiimatkan. Hoho. Banyak lagi kelebihannya. Memang sukar untuk berhenti merokok, tetapi ianya tidaklah mustahil.

Walaupun aku kini tidak merokok, tapi aku menyampah terhadap orang yang tidak merokok dan berkata sebegini "alaaa...berhenti je laa hisap rokok tu..bukannya susah..."
heyyy..tolong sikit yee..berhenti merokok sememangnya perkara yang susah untuk dikawal. Ianya memerlukan ketahanan yang mantap dari segi fizikal dan mental.
Dari segi mental, apabila hendak berhenti merokok, badan kita akan bertindak "ganas"..contohnya seperti badan menggigil, demam panas yang berpanjangan, sukar untuk tidur, dan hilang fokus.

Dari segi fizikal pula, merokok merupakan habit. Masa yang paling nikmat menghisap rokok adalah selepas makan. Cubalah bayangkan, 7 tahun hisap rokok selepas makan, tiba-tiba terus sahaja berhenti merokok. Ianya memang janggal bukan.

Kepada yang tidak merokok, aku bandingkan rokok itu dengan telefon bimbit. dapatkah anda dengan sewenang-wenangnya tidak menggunakan telefon bimbit? atau adakah ianya patut dibandingkan dengan facebook yang memang ramai orang ketagihkannya?susah bukan??

Jadi, kepada yang tidak merokok tu, berpada-padalah bila berkata-kata tentang rokok kepada perokok. Kalau nak nasihat pun, ada caranya. ada satu benda aku nak beritahu ni..kalau takat bubuh iklan berhenti merokok kat tv, letak papan tanda paru-paru hitam, ialah memang tidak berkesan kepada perokok..hoho..

Kerajaan pun satu..katanya nak kurangkan perokok di Malaysia..tapi apa yang dibuat..kerajaan cuma menaikkan harga rokok saja..mentang-mentanglah keuntungan negara kebanyakannya diperoleh dari penjualan rokok..cait..kalau betullah kerajaan nak bantu rakyat berhenti merokok, ada satu cara saja..iaitu berhentikan penjualan rokok di Malaysia..hoho..rilek ja aku berkata-kata..apa ada hal..ini dari pandanganku sendiri..

Bagaimana aku berhenti merokok?

ahaha..bagaimana hendak ku ceritain? Memang telah lama aku bertekad untuk berhenti merokok..tetapi azam itu bertambah kuat apabila aku hendak menjadi wakil fakulti dalam acara bolasepak..ku fikir, bila berhenti merokok, aku akan jadi lebih berstamina dan bertenaga..tetapi, itu hanyalah azam.. pada suatu hari, aku terkena demam panas yang berpanjangan selama seminggu..hari terakhir yang aku terasa tidak sihat ialah pada hari jumaat..dan hari sabtu aku kembali pulih..dan pada hari ahad, badanku terasa seolah-olah seperti diserang kembali oleh sang "demam panas"..aku pun terus berjumpa doktor di Pusat Kesihatan UiTM Shah Alam. Doktor mengesahkan aku memang kena demam panas setelah mengenalpasti bahawa suhu badanku setinggi 39 darjah celcius. Memang menyeksakan. Aku apa lagi, minta mc 2 hari dan berehat di rumah sewa sahaja. Pada hari isnin, selera ku tiada. badanku lemah longlai. apa sahaja yang hendak dibuatnya, mesti serba tak kena..badanku terhuyung hayang ke sana sini..kerja ku cuma tidur seharian..dan apabila mahu tidur.....

(akan bersambung)

(p/s : gambar-gambar yang di bawah adalah selepas aku berhenti merokok..tengok, ceriakan?? =D )




alhamdulillah


Tuesday, 31 January 2012

Arsenal New Signing - Tomas Eisfeld - (Akmal??Harapan laa..)

As January draws to a close, my hope of making a signing was decreased. This signing is not the pop-star signing  I asked for, but would we have wanted another Arshavin or Reyes anyway?
Our best players are often those who we sign when they are young and they blossom under Wenger's guidance to become great players- Fabregas, Van Persie, Song etc.
This 19 year old German player is an attacking midfielder for Borrusia Dortmund under 19s. He has scored 6 goals and made an assist in 12 matches for the side, but not all the players can make the step up from the youth level to the first team. Hopefully, Thomas Eisfeld will be able to do so, by assuming buy him, but I highly doubt that he will get much game time this season.
I'm still hoping Wenger might pull off a signing that will help Arsenal in  for the fourth place and a trophy this season. To be honest, we would need a player who can slip straight into the first team if they are to make a difference. Unfortunately, Thomas Eisfield is not that player, but I'm sure he will be a good prospect because Wenger does have a pretty good record with young players.

Wednesday, 18 January 2012

kahwin ke kawin??

har.. har.. har.. kakakku kahwin..

gambar-gambarnya ada dalam ni


ye..memang gambar-gambar ketika kakakku berkahwin ada dalam henset ni.. tapi takat 4-5 keping 

gambar..ianya kerana hensetku mengalami ketiadaan tenaga elektrik ketika perkahwinan itu 

berlangsung..memang hampa..benda sebegini dah lama aku setting nak masukkan dalam blog..tapi apakan 

daya..bateri kong tidak kena pada tempatnya..jadi, lihat sajalah gambar-gambar yang tak seberapa ini.. nak 

tunggu gambar kahwin dari orang lain, tapi lambat pula mereka meng-upload-nya..last-last, aku letak macam 

ni sajalah..kalau ada masa lain, aku susun elok-elok ye.. (^_^)



sehari sebelum majlis kenduri berlangsung, iaitu jumaat malam..........

pelamin berwarna putih dengan pasu bunga terbiar disekitarnya

lilin bernyala laa pula..siapakah gerangan orang dibelakang itu??ohh,,ianya ucu ani, merangkap  sepupu mak aku

side view..eh..bukanlah..ini southeast view..

lebih kurang je dengan gambar yang kat atas tadi tu hah..

cuba cari benda tersorok..hoho..ucu ani rupanya..tak senonohnya perangai..macam sorok-sorok di belakang pelamin pula..(jangan tiru perangai sebegini) p/s : bergurau sajalah

aku terpaksa buat rilek ja bila makku bising suruh tolong settingkan dewan..kalau aku tolong kemas dewan, siapa nak jadi model untuk blog aku??

mengantuk?? tak la..ni posing masa kini..try laa..


aku merampas hensetku dari adikku..kalau tak, banyak lagi laa gambar

ketika majlis akad nikah..tu hah, mak andam tengah setting kasi make-up ala-ala opera cina kat kakakku..seram aku tengok..ni ok lagi..kalau make-up trial yang sebelum ni, memang seram..


dari kanan : kak lina, akak, brader jamal, si janggut merah


sudah habis..