Aku ada seorang sahabat..
Sahabat baru..
Biarlah perkenalan dengannya menjadi rahsia..
Pandangan pertama, aku nilai dia..
Seorang yang aktif..
Seorang yang periang..
Seorang yang ceria..
Dia mengaku..
Mengaku dengan sendiri..
Mempunyai masalah tentang kemurungan..
Pada mulanya, aku ingat, kemurungan biasa..
Alah, apalagi faktor kemurungan yang kamu tahu,
Gagal dalam pembelajaran..
Gagal dalam percintaan..
Itulah antara 2 benda yang aku agak menyebabkan kemurungannya..
Dan aku ternyata salah..
Disebabkan kemurungan itulah,
Pembelajarannya terganggu..
Disebabkan kemurungan itulah,
Percintaannya akhirnya menjadi perpisahan..
Kamu semua tahu,
Pernah dengar tak tentang "major depression"?
Tak tahu? Takpa..google kan ada..
Ianya bukan kemurungan yang disebabkan emosi yang tidak terkawal,
Ianya merupakan satu penyakit kemurungan..
Yang memang ada dicipta khas satu ubat, untuk melegakan sikit kemurungannya..
Satu penyakit biological,
Yang tidak boleh dikawal macam tu je..
Ya, memang akan ada sedikit pelupa nya..
Harap-harap dia tak lupa yang telah berkenalan denganku sudahlah..
Okay..tu bergurau..haha
Dan,
Aku terfikir..
Baru saja terfikir..
Ada rupanya penyakit sebegini..
Pada mulanya aku kesian,
Tipulah kalau aku cakap tak kesian kan..
Tapi kesian itu pada mulanya..
Aku mengagak,
Adakah aku cemburu dengan dia?
Bukan apa..
Cemburu disini bermaksud..
Ya Allah, kuat sungguh orang ni punya sabar dan tabah menghadapi dugaan Mu..
Aku ini, yang Engkau timpakan sedikit masalah berbanding dia, terus jatuh..
Makan masa lah untuk bangun..
Ya..yang itu aku cemburu..
Dia punya sabar, dia punya tabah, dia punya bangun..
Kita apa tahu..
Dia seringkali bilang,
Hanya orang yang mengalaminya akan memahami benda ini..
Ini juga merupakan sahabat pertama ku yang mempunyai masalah sebegini..
Jangan risau sahabat..
Kekuranganmu, telah menjadi kelebihan untukmu sahabat..
Aku harap, kau cekal teruskan hidup, dan mencapai matlamat untuk gembirakan mak ayah kau dengan adanya kerjaya sendiri nanti..
Dari sahabat barumu,
Muhammad Akmal B. Suhaimi
P/s : Alhamdulillah..bertambah seorang kawan.. (^_^)
No comments:
Post a Comment