Friday 24 June 2011

Cerita Tentang Din (Episod 2)

Add caption
Din (bukan nama kucing)..seorang yang berfikiran kolot..acapkali dia terfikir..baginya, masih terlalu awal dalam mencari teman seperjuangan hidup dan mati..Din sering kali terlihat akan pasangan-pasangan kekasih yang selalu bersidai atau tersidai di dalam shopping kompleks, di taman-taman permainan, di gerai-gerai makan, di tempat-tempat pengajian..tetapi dia tetap rilek..jeles??huh..jauh sekali panggang dari api..bagi Din, dia hanya berdoa untuk pasangan tersebut hinggga ke akhir hayat mereka..sampai ke anak, cucu, cicit, pipit, cirit, birit....


Seperti insan-insan yang lain, Din juga tidak terlepas dari skandal-skandal sejak dari errrmmm...tingkatan 1 lagi..tidaklah begitu famous..tapi cukuplah hanya kawan-kawan sekelas mengetahuinya..alaa..macam secret admire laa....kelas budak perempuan itu bersebelahan dengan kelas Din..kadang-kala, Din tersempak dengan perempuan itu tapi dibuat derkk je..Tapi di dada, hatinya berdegup kencang bagai rembatan Robin Van Persie (pemain Arsenal)..

Kelas Din terletak di antara kelas perempuan..ahhh...tak sedap laa nak tulis perempuan..ernn..jap ek..aku kasi nama samaran kat pompuan tu...Fatimah (nama opah)...so, sambung balik yang tadi, kelas Din terletak di antara kelas Fatimah dan tandas perempuan..So, setiap kali Fatimah mahu ke tandas, Din secara automatik memandang ke luar tingkap..dan nyata Fatimah memberi respon yang positif kucing..maknanya malu2 kucing..tapi still pandang juga..Bagi Din, itu lah peluang terbaik yang dia ada setakat itu..


Ada suatu ketika, Fatimah hanya berjalan terus ke depan tanpa menoleh ke kelas Din..tapi Din tetap juga dengan proses peng"usha"haannya..Rupanya, Fatimah kena memanggil salah seorang budak kelas Din, tetapi malu dengan Din punya pasal, tu yang dia straight je tuh..Masa pon berlalu..Pada suatu ketika, Din terpilih sebagai wakil sekolah dalam acara catur ataupun dlm bahasa pasarnya, chess..Fatimah juga terpilih..Din gelisah..Katanya dalam hati "alamak...." itu je..

Din terpaksa menghadapi sikap segannya itu dengan sendiri..Pada waktu latihan chess, Din sering kali memilih orang selain Fatimah untuk dibuat pihak lawan..Din takut Fatimah akan kalah nanti..Padahal bukan sebab itu..sebabnya ialah Din segan..Akhirnya, pertandingan chess itu telah tiba..tuan rumahnya merupakan sekolah ape ntah namenyer..tapi jauhnya macam jauh klcc ke zoo negara..lebih kurang camtu laa..Sebelum perlawanan sebenar bermula, cikgu yg meng"handle" budak2 chess ni, iaitu Cikgu Jasmin Oii (ni nama sebenar cikgu tu..Din masih ingat lagi..tapi mgkin salah ejaan je..sebutan dah betol), meminta pelajar utk training sekejap di tepi..so, pemain2yang lain dah ambil lawan masing2..tinggallah Din bersama Fatimah..dengan selambanya Din berkata kepada Fatimah, "Jom main...chess"..dan Fatimah pun mengangguk sambil tersipu-sipu..ape yg disipunya pun Din tak tau..So, latihan bersama Fatimah pun bermula..Fatimah bertanya " Awk dulu, sapa yang ajar main chess??"..

Din tersentak..bukan apa..sebab zipnya terlupa untuk ditutupin..Din pun dengan tidak berfikir pun berkata "Kakak saya yang ajar..saya selalu je main chess dgn dia"..Fatimah menyambung "Pandai juga kakak awak tu..dia sekolah sama dgn kite jugak eh??"..Din pun mengangguk kepala..Padahal Din yg ajar kakaknya bermain chess..Fatimah pon terus bertanyakan tentang kakak Din..

Tiba2, perlawanan sebenar hendak bermula..So, setelah mengambil lawan masing2, permainan pun bermula..Din berkata dalam hati "Apa laa..last2 sembang pasal akak je..cait.."So, bila Din teringatkan pasal perbualan bersama Fatimah itu pun, dia leka..fokusnya lebih kpd perbualan bersama Fatimah sebentar tadi..so, bila fokus kurang, fikiran mula melayang..dan ternyata, Din kalah pada perlawanan pertama..apabila Din keluar dari dewan perlawanan, Fatimah terus mendapatkan Din seraya berkata "Macam mana awak??Menang??"...Din pun sambil tersenyum berkata "Kalah laa..Awak??"..Fatimah menjawab "Saya menang..guna 4 steps"rupanya menang disebabkan menggunakan teknik 4 steps..iaitu taktik..oo..patut laa Fatimah keluar awal tadi..mengalahkan pihak lawan hanya menggunakan 4 langkah sahaja..nak aku ajar, nanti laa yee..

so, Din pun agak kecewa dgn keputusan awal..apabila tiba di pusingan kedua, Din bermain bersungguh-sungguh dan meneliti setiap langkah2 buah catur yang dikawal oleh pihak lawannya..Keputusannya, Din menang..Kegembiraan Din hanya sementara apabila mengetahui Fatimah kalah pada pusingan kedua..konon2 cam ambil berat laa..sedih laa konon..then, pusingan ke 3, Din dan Fatimah bersama-sama melangkah keluar dewan sambil tersenyum..rupanya dua2 kalah..so, masa tu, wakil2 dari sekolah Din tiada harapan untuk mendapat pingat, secara individu mahupun berkumpulan..so, balik awal laa jawapnya..selepas pertandingan itu, rutin harian Din diteruskan, iaitu hanya mengusha Fatimah dari dlm kelas..Kemaluan Din masih tebal..setebal beam bersaiz 300mmx300mm..

Masa pon berlalu..Tau2, dah hampir sampai ke hujung tingkatan 1..Pastu kalau pompuan, standard laa, amik no telefon laa, biodata laa, alamat laa, email laa, makanan dan minumam kegemaran laa..Dan tiba2 buku tu pun sampai kat aku..Aku cuma baca ja..malas nak tulis..aku baca bersama seorg sahabat..Daim namanya..bukannya Daim dalam juvana tu tau..

Tiba2 Daim menyekat tanganku dari menyelak mukasurat yang lain..Dia pun berkata"Haa..Din..tu ada tu no Fatimah..amik laa beb.."..sambil menyalin no tersebut, Din pun berkata "segan aku..ahaha"..Din mempunyai no Fatimah tanpa pengetahuan Fatimah..no rumah je beb..time tu mane main henset2 ni..So, tingkatan 1 pun berlalu..Pada suatu malam, Daim memujuk Din untuk menelefon Fatimah..setelah dipujuk bagai menatang minyak yang penuh, Din pun setuju..tttrrrooottt tttrrrooottt...tttrrrooottt ttttrrrooott..bunyi kedengaran dari ganggang public phone..

tiba2 kedengaran suara laki "Assalamualaikum..ye, nak cakap dengan sape??"..Din pun dgn rilek nya berkata.."Fatimah ada??"Pastu ape benda ntah laki tu membebel kat Din..Din pun dgn coolnya meletakkan ganggang telefon tersebut dan mem"blah"kan dirinya sambil malu2 walaupon dlm telefon..So, Din kene pindah ke sekolah lain pada tingkatan 2..so, nmpaknya dia tiada lagi peluang utk berjumpa dengan Fatimah..sampai laaahh sekarang...

Din jugak mempunyai byk pengalaman untuk diceritakan..tetapi katanya, nanti2 lahh yee..=)

Ahli baru kumpulan Sepah!!!


Rupanya..ura2 tersebut memang benar belaka..bak kata orang, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang..Ahli kumpulan Sepah, Jep telah reveal bahawa mereka mempunyai seorang ahli baru.."Saya pada mulanya tidak sangka beliau ni kelakar orangnya..sebab, pada saat pertemuan yg pertama saya dgn dia, mukanya ketat macam spender saya.."kata Jep. Setelah memenangi Maharaja Lawak 2011, Sepah bercadang untuk menukar nama kumpulan disebabkan ahlinya yang baru..Kata Shuib "Kami mahu meraikan ahli baru..So, kami akan menukar nama Sepah kepada Sepak"..Tiba2 Mamat mencelah "Saya memang sangat bernasib baik dapat bekerjasama bersama ahli baru ini..beliau sememangnya kelakar..hensem pulak tuh..Saya rasa klu dia tak jadi pelawak, dia mungkin bersama pasukan Barcelona sekarang..setaraf Messi"..

Saturday 18 June 2011

Cerita Tentang Din

Gambar ni hanyalah rekaan semata-mata

Ade laa pulak satu kisah ni..budak laki ni namanya Din (bukan nama binatang). dia memamg cool aje..rilek je..tak kecoh pon..walaupun begitu, kalau dilihatnya benda yg tidak disukai, dia hanya berdiam diri..namun dalam hatinya siapa tau..mungkin bengang, mungkin marah, mungkin nanti..
Kisahnya bermula apabila Din mahu membeli santan yg disuruh oleh emaknya untuk membuat kari masak santan..ya, Din mmg anak yang mithali..So, Din pun pergi laa ke satu kedai yang bernama Kedai Runcit Buncit....

Tiba2 ada makcik lalu bersebelahan dengannya..makcik tu pun bertanya "Kamu nak beli ape nak?"..Din pun dgn coolnya menjawab "Saya nak beli santan."..makcik itu berkata "Jaga2 sikit nak oii..tuan punya kedai tu,tadi dia siap baling makcik dengan ais lagi.." aku pun bertanya kenapa..makcik tu kata "Makcik takde duit sangat..so makcik ingat nak beli rokok batang-batang..pastu tuan punya kedai tu baling ais kat makcik..dia siap raba2 makcik lagi..woohoo"..namun Din tetap cool dan hairan setelah mendengar cerita dari makcik tu tentang tuan punya kedai..kenapa makcik ni bersorak woohoo..Din pun memberi wang sebanyak rm8.50 kepada makcik itu sebagai tanda kesian..bagi Din, rm8.50 itu membawa kepada kepuasan kpd makcik tersebut..dengan hanya rm8.50, dapat laa makcik tadi membeli rokok winston merah sekotak..walaupun cool, tapi Din tetap panas mendengar cerita dari makcik tersebut..

Din pon pergi menerjah tuan punya kedai tu.."Weh Buncit, btol ke ko aritu penah baling ais kat makcik ni tadi??Apsal ko siap raba2 dia??Mana kau punya tatatertib haa.."Buncit yg sedang kekenyangan itu pun menjawab "Makcik tu gila laa Din.."..Dalam hati aku pula terdetik, alamak..aku kena tipu..dah laa duit untuk beli santan tadi tu telah aku beri kepadanya..
So, penutup cerita ni, Din dimarahi oleh emaknya kerana jika tiada santan, tak dapat laa buat kari..






So, moral of the story is jangan laa nak cool sangat..ahaha..aku actually mmg ada minat mahu menulis buku..mgkin ni sebagai permulaan..doakan aku weh..har har har..
                                                                                                                                                       7.31am..