Saturday, 28 January 2017

Smule

Cilakak sungguhhhhh!!!!

Aku dah ketagih dah dgn apps ni..

member punye pasal laa nii..

mula2 dia di tagged kan dgn member dia berduet kat fb..aku pun usha le..kelakar baaaq hang..hahaha
kalau setakat audio je takpe, ni skali dgn video daaa..haha

dah la nyanyi macam taknak bukak mulut je..hahaha

ok..cukup smpai tu..

last2 aku yg terikut ikut dgn smule ni..tapi best brooo..gua bleh release tension..dlm keta usah kata la dia punya melalak tu..hahhaha

Tuesday, 12 April 2016

Sesi Perkenalan Diri - Episod 2

"Mira accepted your friend request". Tanpa berfikir panjang, terus di "hai" nya Mira di dalam wechat tersebut sebagai permulaan kata. "Thanks accept ye". Yob memandai mandai menambah. Marah Din. Sebenarnya, bukan marah, tapi lebih kepada segan. Yela, sebagai pemegang takhta raja "wechat", tidak hairanlah Yob pandai dalam hal-hal begini. "Dah Yob dah. Biar aku yang taip sendiri. Ko jangan memandai. Malu la aku. Gambar aku tu kot kat wechat ni", jelas Din. Yob bahak melihat gelagat kawannya itu. "Hahaha, rilek la Din, ni baru ayat basic, belum lagi masuk ayat pancing. Apa yang nak disegannya, kita kan kawan, kahkahkah", kata Yob. Selang 5 minit, Mira membalas dengan bertulis "hai" dan diikuti dengan icon senyum. Habis. Setakat itu saja "conversation" pada tengah hari tersebut. Dan petang macam biasalah, Din fokus berkenaan dengan hal-hal masternya.

Hari sudah malam. Tangan Din gatal. Gatal untuk menegur Mira, rakan yang baru saja menerima "friend request"nya di wechat. "Ahh..segan la pulak nak tegur ni," bentak Din. "Takpe..steady la..dia bukannya kenal aku pun," Din pujuk diri sendiri. "Hai, buat ape tu mira?", Din memulakan chat. Dalam masa lebih kurang 3 minit, Mira memberi respon, "Baru lepas makan ni, awak dah makan?". "Dah", jawab Din ringkas kerana tidak mempunyai idea.

(Di bawah ini penulis meringkaskan "conversation" antara Din dan Mira kerana susah nak kasi pembaca faham "conversation" dalam bentuk esei katanya. Okay, penulis menipu. Sebenarnya dia malas nak tulis conversation dalam esei. Leceh sikit katanya)

Din : Awak umur berapa ye?muka macam budak sekolah je.

Mira: Eh takla. Saya umur 20 tahun. Kenapa tanya macam tu?Kalau budak sekolah taknak mesej ea?

Din : Oh..takdela..saja tanya..sebab nampak mcm belasan tahun..

Itulah salah satu conversationnya..yang lain-lain, penulis merahsiakannya atas sebab-sebab tertentu..

Seringkali di dalam conversation bersama Mira, Din menekankan soal jarak umur..dalam 6 tahun jaraknya..tetapi Mira dengan steady nya menepis serangan Din yang berkait dengan soal umur. Kata Mira, "Alaa..6 tahun tu takde la jauh sangat jaraknya". Di sinilah timbulnya peluang untuk Din. Bak kata pepatah, biar putih tulang, jangan kuning gigi, yang bermaksud, pucuk dicita, ulam mendatang.
Disinilah terceritanya soal-soal impian, cita-cita dalam hidup, harapan.

Setelah 2 minggu ber chatting di alam maya bersama Mira, Din mengambil keputusan untuk mengajak Mira berjumpa. Siapa sangka, Din menerima jawapan ya dari Mira untuk bertemu buat pertama kali.

Din : Awk, ermmm..free tak petang ni?jom jumpa nak..saya belanja minum..alaa, jumpa saje saje je..

Mira : Haa..boleh jugak tu..awk pulak tu belanja, lagi lah boleh..

Pada hari tersebut jugaklah, Din merasa menyesal mengajak Mira keluar minum, disebabkan keseganannya yang tebal terhadap perempuan. Tapi Din steady, kata Din dalam hati, "Takpe..kena berlakon cool". Din sampai terlebih dahulu di tempat pertemuan, iaitu sebuah restoran mamak. Di ambil tisu 5-6 helai untuk mengelap peluh "nervous" bertemu dengan gadis comel wechat nya yang pertama, Mira. "Truuuuutt truuuttt, truuuuutt truuuut", telefon bimbit Din menyalak. Dan terpangpang nama "Mira". Panggilan tersebut segara di jawab.

Din : hello..samapi dah awk?

Mira : saya dah smpai dah..awk kat belah mane ye?

Din : saya kat belah dalam ni..pakai baju warna hitam..jangan silap orang pulak ye..hehe

Mira : okay..tunggu jap ye..

Peluh merecik keluar dari tubuh Din apabila tahu yang Mira sudah berada di situ. Tiba-tiba, dari 5 meter jauhnya, Din terlihat seorang gadis, datang mendekatinya. "Eh, macam sama je dalam profile picture wechat", bisik hati Din. Betul la, gadis itulah si Mira.

Salam diberi...

"Assalamualaikum..awk kan Din?", soal Mira sambil memberi senyuman yang manis.

Friday, 22 January 2016

Pencarian Bunga - Episod 1

"Ehem ehem", Din membetulkan anak tekaknya dengan berdehem. Akibat kuat menghisap rokok seludup yang terkenal, iaitu John, tekak Din perit, ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu, kejap panas, kejap sejuk. Din seperti biasa, mengulang rutin hariannya, menulis novel sebagai mengisi masa lapang. Fikir Din, dengan cara menulis novel, dapatlah kiranya dia meningkatkan 'skill' penulisan di dalam thesisnya, disamping meluahkan perasaan dengan cara tersendiri. "Bosan la Yob, hari-hari macam ni, asyik nulis thesis je", keluh Din kepada rakan seperjuangannya, Yob. "Ko tu, bosan sebab takde awek Din, 'atleast' ada awek, semangat la skit nak menulis. Apa orang kata, sebagai x-factor, macam semangat la", jawap Yob, yang memang terkenal sebagai raja 'wechat' dikalangan rakan-rakan. "Ko pun tau kan Yob, aku ni malas la dengan pompuan, nak tu memang la nak, segan la 'dude', lagipun aku bukannya macam hang Yob, cari awek untuk isi masa lapang je", balas Din. Din tahu, Yob memang 'terer' bab-bab 'tackle' awek ni, muka hensem, duit banyak walaupun tengah 'study', memang ciri-ciri idaman para wanita lah senang cerita. Tapi yang membuatkan Yob ni tak 'best', awek-awek keliling pinggang itu pun, bukannya mahu dianggap sebagai calon isteri, cuma suka-suka saja. "Alaa Din, 'try' jela, mana tau tersangkut satu dua ke kan, kot-kot, boleh dibuat bini terus. Haaa, mane kita nak tau, betul tak?haha", Yob ketawa jahat. "Betul tu, ada la jugak betul nye Yob, tapi aku taktau la prosedur nak mengorat ni, lagi satu aku bukannya ada sangat pun kawan perempuan", jelas Din. "Laa..tak payah ada kawan perempuan pon ko dah boleh buat awek la Din..tgk ni hah, ko guna je 'apps' ni, boleh carik awek kot", Yob membuka 'apps' wechat didepan Din. "Malas la aku guna wechat ni Yob, tak 'konfiden' langsung aku dengan benda ni, ada ke cari teman sehidup semati guna media sosial", terang Din. "Lantak ko la Din, aku cuma bagi idea je, ikut ko le kalau nak ikut ke tak", jawap Yob. Petang pun berlalu begitu saja. Idea Yob masih lagi bermain-main dalam fikiran. "Boleh jadi ke cari awek dekat wechat", Din bermonolog dalam.

Malam seperti biasa, melabuhkan tirainya. Bulan purnama memancar cahayanya, tanda hari sudah malam. Dilihat kekatu bermain-main di sekeliling mentol bilik sewa Din. Fikirannya melayang-layang. Bukan pasal awek, tapi lebih kepada pasal kehidupannya kini. "Ahhh", keluh Din. Malam itu susah benar untuk melelapkan diri. Pusing ke sana ke mari, lebih segar jadinya. Din bangun mencapai telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang, Din memuat turun "apps" wechat. Dikajinya pasal wechat di google. "Ohh macam tu", faham Din. Hampir pukul 1 pagi Din meng "explore" wechat. "Cekit cekit", bunyi shake daripada apps wechat. "Ahhh sudah. Bila shake je dapat orang timur tengah", Din mengomel. Daripada shake, Din bertukar kepada "people nearby". "Haaaa..ada pun gadis melayu. Pondan pun ada haa..kahkahkah", tertawa Din. Hampir semua orang di dalam "people nearby" di tegur Din. Setiap orang dihantarnya "send greeting", kecuali lelaki dan pondan. "Ahh..takde respon la pulak", bentak hati Din. Dia pun sudah tidak berharap lagi untuk mendapat balas dari pe-wechat yang ditegurnya. Din letih. Lalu tidur dengan berbantalkan longgokan baju di atas tilamnya.

Bau pagi hari mengejutkan Din. Matahari menyinar rendah. Setelah bersiap, Din memulakan rutin hariannya, macam biasa, masuk fakulti, menulis. Tepat pukul 11.23 pagi, telefon Din berbunyi 'kling'. Hairan Din kerana tidal pernah dengar "notification" telefonnya berbunyi begitu. "Handphone"nya dicapai dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba Din menjerit memanggil Yob, " Yob, sini yob. Cepat cepat". Yob bergegas pergi ke meja Din. "Kenapa ko ni Din?", tanya Yob. "Ni ha, ko tengok ni. Menjadi la. Hahaha", jelas Din sambil menunjukkan telefonnya kepada Yob. Tertulis di "screen" telefonnya......... "Mira accepted your friend request".

Bersambung...

Monday, 11 January 2016

Bf

Bf bukanlah bermaksud "boyfriend"..
Yang aku nak tulis nih, bf yang bermaksud "breast feeding"..

Isu nih semakin menjadi-jadi..pada mulanya hanyalah antara page fb Amran Fans dan ibu-ibu muda..tapi biasalahkan, setiap benda, ada yang pro, dan ada yang kontra..

Macam ni kesnya..ibu-ibu muda ni suka sangat upload gambar selfie sambil tengah menyusu baby..yang tak boleh blahnya, siap bermegah-megah lagi tu..yang sekadar aku tau la, sebab aku takde la nak amik port sangat benda2 ni..tapi lama-lama bila aku baca komen-komen kat fb tu, aku rasa geram la pulak..tapi geram aku takde la sampai nak bash dekat fb tu..paling kuat pun aku tulis kat sini sebab macam private skit..yela, sapa je yang baca blog aku ye tak..haha

Aku takdela kata aku sokong sapa-sapa dalam hal ni..okay..sekarang ni aku nak tulis pendapat aku pasal hal ni..benda bab-bab menyusukan baby ni memang bagus sangat..memang mulia..dapat pahala pulak tu..yang jadi tak kenanya bagi aku, apa ke benda nak public kan hal-hal tu kat fb?tak tau malu ke..bukannya nak kata takda tempat yang tersorok..lagipun disediakan tempat nak menyusu..ada je..okay, tu satu hal, tempat nak menyusukan anak..yang ibu-ibu muda ni, selamba je upload gambar selfie dia tengah menyusu..apa ke sikapnya macam tu?orang kalau boleh nak senyap-senyap je menyusu ni..ni tak..nak bagitau kat orang lain pasal benda ni..memang la aku sebagai laki pun support bab-bab menyusu ni, tapi yang tak kena bila upload di fb..aku ni, kalau bini aku upload gambar macam tu kat fb, selamba je aku lempang..takdela..yg lempang tu main2 je..insyaAllah bini aku tak buat mcm tu..kan awk kan?(^_^)..haha

Takdela..benda yg mulia, jadi mcm tak senonoh la pulak..byk je aku jumpa ibu tgh susukan anak dekat kedai makan..maybe takdela bilik utk menyusukan anak..tapi ni tak..siap upload lagi..fuhhh..kelass kau kak..aku percaya, ibu-ibu muda ni memang nak menyusukan anak diorg tak kira tempat..ada kadang2 tu tak kena pada masa dan tempat..tapi janganla benda tu jugak yg kau nak upload kak..adehh..1st tu, niat la yg main peranan..maybe la aku silap, aku taktau niat akak tu..yg paling positif yg boleh aku pikir pun ialah akak tu nak berkempen, nak kata kat wanita2 semua yg jgn malu utk bf kat mana2..iye kak..niat akak tu mmg dah cantik..tu je yg paling positif yang boleh aku pikir..

Yang Amran Fans ni pun satu..tutupla muka akak tu klu nak tulis kat fb pun..tak pun private message..mana tau dgn cara yg mcm tu, lagi lembut akak2 tu nak terima nasihat kau..tapi yg bagusnya Amran fans ni bila dia buat mcm tu, org2 lain takut nak buat mcm tu dah..tu yg bagusnya la..tapi ada jugak yang melawan, siap dgn bangganya upload lagi gambar2 mcm tu..sengaja nak kasi panas..adoii

Aku ni esok dah la nak jumpa Dr Akram, boleh pulak tulis benda ni..nasib dah siap..haha..semua benda boleh bawak bincang..biasala tu kan ada pro kontra..

So, konklusi nya disini, aku tak setuju dan berkenan dengan tindakan segelintir ibu-ibu muda yang dengan bangganya meng upload gmbr sedang ber bf dekat public..aku malas nak tulis benda ni kat public pun salah satunya ialah sebab aku takut kawan2 aku sendiri yang macam tu..ni nak jaga hati punya pasal la..memang susah kita nak tukar pandangan orang..biasalah tu..

Okay..sekian dari aku..jaga diri dan jaga solat ye..semoga berjaya dunia akhirat semua..aminn
Haaa..jadilah macam siti okay..baik siti nih..hehe (^_^)

Thursday, 7 January 2016

Heyy awak

Its a good and nice feeling to be ask - "hey awak, takde update blog pun."

Bukannya aku taknak update, tapi Din ni hah, busy la dia..tengah setelkan kerja dia..aku anytime je boleh nak tulis cerita-cerita Din ni..tapi Din tak kasi bahan, so tak menarik la blog aku..haha..

Jangan risau kawan..Din ada bagitau, yang katanya sekarang ini dia tengah mengarang sebuah cerpen..cerita pendek..genre seram seram kelakar..haaa..tak sabar kan nak baca?samalah dengan aku..hewhewhew..Bak kata orang, benda yang sabar ini, nikmat nya lain macam sikit..alaa..macam kawin la..haa, kan dah termasuk bab kawin..tu yang malas tu nak update blog =P

Sebelum habis, jap2..

p/s: mak, i love u (^_^)

Thursday, 31 December 2015

Sunday, 13 December 2015

Din dan Gitar beliau

Din tahu main gitar..
Sekadar tahu saja..terer nya tidak..setakat chord senang macam A, Am, C, G, F, D boleh la..kalau chord rock memang kantoi sungguh..

Kata Din, dia memang minat lama dah bermain gitar ni..sejak dari bangku sekolah rendah lagi..cumanya, tak kesampaian..Din mula belajar bermain gitar masa beliau di matrikulasi..

Sejak dari itu, Din sanggup pergi ke cyber cafe, melayari internet demi mencari chord lagu-lagu kegemarannya..antaranya ialah lena diulit intan, macy's day parade, dan beberapa lagu dari indonesia seperti band ungu dan dewa..

Selain di matrikulasi, minat Din terhadap gitar berkembang sejak abangnya, Don membawa pulang gitar ke rumah..sejak dari itu, Din seringkali dimarahi emaknya kerana bermain gitar..entahlah, mungkin sebab bising ataupun sebab emaknya tak suka Din bermain gitar..

Din mempunyai masalah untuk "tune" gitar..tak pernah berjaya..biasanya, bila masa untuk "tune" gitar, Din menyuruh Don yang "tune" kan..tapi itu bukanlah masalah yang besar bagi peminat2 gitar..

Walaupun Din seorang yang kidal, dia tetap bermain gitar menggunakan tangan kanannya disebabkan belajar dari orang yang tidak kidal..

Din mempunyai cita2 yang besar iaitu "jamming"..tapi sampai sekarang tidak pernah dicuba nya..

Tapi kini, skill Din dalam industri penggitaran telah pun sedikit malap akibat telah lama meninggalkannya..tapi jangan risau, minatnya terhadap gitar tetap seperti pungguk rindukan bulan..

Untuk memulakan kembali keghairahan Din bermain gitar, beliau hanya perlu membuat satu benda..

Iaitu menukar tali gitar..
Dan itulah salah satu benda yang Din asyik terlupa..