"Ehem ehem", Din membetulkan anak tekaknya dengan berdehem. Akibat kuat menghisap rokok seludup yang terkenal, iaitu John, tekak Din perit, ditambah pula dengan cuaca yang tidak menentu, kejap panas, kejap sejuk. Din seperti biasa, mengulang rutin hariannya, menulis novel sebagai mengisi masa lapang. Fikir Din, dengan cara menulis novel, dapatlah kiranya dia meningkatkan 'skill' penulisan di dalam thesisnya, disamping meluahkan perasaan dengan cara tersendiri. "Bosan la Yob, hari-hari macam ni, asyik nulis thesis je", keluh Din kepada rakan seperjuangannya, Yob. "Ko tu, bosan sebab takde awek Din, 'atleast' ada awek, semangat la skit nak menulis. Apa orang kata, sebagai x-factor, macam semangat la", jawap Yob, yang memang terkenal sebagai raja 'wechat' dikalangan rakan-rakan. "Ko pun tau kan Yob, aku ni malas la dengan pompuan, nak tu memang la nak, segan la 'dude', lagipun aku bukannya macam hang Yob, cari awek untuk isi masa lapang je", balas Din. Din tahu, Yob memang 'terer' bab-bab 'tackle' awek ni, muka hensem, duit banyak walaupun tengah 'study', memang ciri-ciri idaman para wanita lah senang cerita. Tapi yang membuatkan Yob ni tak 'best', awek-awek keliling pinggang itu pun, bukannya mahu dianggap sebagai calon isteri, cuma suka-suka saja. "Alaa Din, 'try' jela, mana tau tersangkut satu dua ke kan, kot-kot, boleh dibuat bini terus. Haaa, mane kita nak tau, betul tak?haha", Yob ketawa jahat. "Betul tu, ada la jugak betul nye Yob, tapi aku taktau la prosedur nak mengorat ni, lagi satu aku bukannya ada sangat pun kawan perempuan", jelas Din. "Laa..tak payah ada kawan perempuan pon ko dah boleh buat awek la Din..tgk ni hah, ko guna je 'apps' ni, boleh carik awek kot", Yob membuka 'apps' wechat didepan Din. "Malas la aku guna wechat ni Yob, tak 'konfiden' langsung aku dengan benda ni, ada ke cari teman sehidup semati guna media sosial", terang Din. "Lantak ko la Din, aku cuma bagi idea je, ikut ko le kalau nak ikut ke tak", jawap Yob. Petang pun berlalu begitu saja. Idea Yob masih lagi bermain-main dalam fikiran. "Boleh jadi ke cari awek dekat wechat", Din bermonolog dalam.
Malam seperti biasa, melabuhkan tirainya. Bulan purnama memancar cahayanya, tanda hari sudah malam. Dilihat kekatu bermain-main di sekeliling mentol bilik sewa Din. Fikirannya melayang-layang. Bukan pasal awek, tapi lebih kepada pasal kehidupannya kini. "Ahhh", keluh Din. Malam itu susah benar untuk melelapkan diri. Pusing ke sana ke mari, lebih segar jadinya. Din bangun mencapai telefon bimbitnya. Tanpa berfikir panjang, Din memuat turun "apps" wechat. Dikajinya pasal wechat di google. "Ohh macam tu", faham Din. Hampir pukul 1 pagi Din meng "explore" wechat. "Cekit cekit", bunyi shake daripada apps wechat. "Ahhh sudah. Bila shake je dapat orang timur tengah", Din mengomel. Daripada shake, Din bertukar kepada "people nearby". "Haaaa..ada pun gadis melayu. Pondan pun ada haa..kahkahkah", tertawa Din. Hampir semua orang di dalam "people nearby" di tegur Din. Setiap orang dihantarnya "send greeting", kecuali lelaki dan pondan. "Ahh..takde respon la pulak", bentak hati Din. Dia pun sudah tidak berharap lagi untuk mendapat balas dari pe-wechat yang ditegurnya. Din letih. Lalu tidur dengan berbantalkan longgokan baju di atas tilamnya.
Bau pagi hari mengejutkan Din. Matahari menyinar rendah. Setelah bersiap, Din memulakan rutin hariannya, macam biasa, masuk fakulti, menulis. Tepat pukul 11.23 pagi, telefon Din berbunyi 'kling'. Hairan Din kerana tidal pernah dengar "notification" telefonnya berbunyi begitu. "Handphone"nya dicapai dengan penuh tanda tanya. Tiba-tiba Din menjerit memanggil Yob, " Yob, sini yob. Cepat cepat". Yob bergegas pergi ke meja Din. "Kenapa ko ni Din?", tanya Yob. "Ni ha, ko tengok ni. Menjadi la. Hahaha", jelas Din sambil menunjukkan telefonnya kepada Yob. Tertulis di "screen" telefonnya......... "Mira accepted your friend request".
Bersambung...
ahaha. boleh pergi ni. terbaik mal.
ReplyDelete