Wednesday, 26 October 2011

Kawan Seper"sembang"an



Sembang..         

           Aku sangatlah suka dengan orang sebegini. Yang peramah, mesra dan bersemangat ketika

bersembang tapi bukan hanya sembang kosong. Ianya lebih kepada "sembang bermakna".

Sembang ramai-ramai sebegini memamg diidamkan 

Ini adalah kerana ayat yang digunakan oleh penyembang itu dapat menarik minat ramai orang untuk mendengar ceritanya


Bersembang Dengan Orang Yang Tidak Pernah Disembangi...

 Kadang-kala kita tidak tahu dimana titik permulaan bagi sesetengah perkenalan. Yang dimaksudkan dengan

"sembang perkenalan" itu ialah sembang kali pertama bersama orang yang kita tidak kenal, ataupun dengan

orang yang kita kenal, tapi tidak pernah bersembang dengannya. Memang terdapat orang-orang yang begini

diantara kita. Contoh yang mudah ialah aku. Memang ramai kawanku di UiTM Shah Alam yang tidak

pernahku tegur, cuma senyuman sebagai salam. Biasanya, kawan seperti ini boleh didapati dengan pelbagai

cara. Contohnya, kawan sepermainan, perkenalannya di atas padang bola, di atas court futsal, di dalam

persatuan, kawan kepada kawan dan lain-lain. Bila mana dikatakan sebagai "sembang perkenalan" ini,

"sembang" seperti itu lebih menjurus kepada perkara bermanfaat. Walaupun sedikit sebanyak di dalamnya

terdapat bahasa yang agak kasar, tapi tidak mengapa. Itu bukanlah tujuan sebenar "sembang perkenalan".

Biasanya ia membicarakan tentang isu semasa, sukan, masalah kesihatan, masalah pembelajaran, masalah

kewangan, aksesori-aksesori terkini dan macam-macam hal lagi. Yang menjadikan ia sangat menarik ialah

kerana masing-masing memberi pendapat dan idea yang bernas. Selain itu, percakapannya juga adalah

matang walaupun baru pertama kali berjumpa. "Sembang perkenalan" ini juga dapat digunakan untuk

mengenalpasti jenis orang tersebut. Tetapi biasanya, mereka lebih berfikiran terbuka. Apa yang dibualkan itu

tidak akan menentukan menang kalah dalam "sembang perkenalan". Dan ini merupakan "sembang" bersama

dengan orang yang tidak dikenali buat pertama kali.


haa..ini aku memang tak kenal..aku main cekup ja dia ni then aku cakap "come, join me"..itu juga merupakan salam perkenalan


yang pakai seluar putih tu memang memberku..tapi yang sebelah lagi satu tu, aku memang 1st time baru jumpa dia hari tu..so, time budak2 nak tangkap gambar, aku pun panggil dia dan secara ntah bagaimana aku memegang bahunya..macam dah lama kenal..ahaha



haa..ni rasanya bukan salam perkenalan lagi dah..ini orang dah mmg kenal..





Bagaimana Pula Dengan Sahabat Yang Dikenali?


"Sembang" merupakan salah satu hobiku. Ianya juga merupakan satu kemahiran yang tidak semua orang ada.

Sebagai contoh, bagiku, abangku, Muhammad Ariff Bin Suhaimi Bin Abu Bakar ialah seseorang yang pandai

dalam bab-bab menyembang ini. Memangku "respect" dengan cara dia bersembang. Dia tidak begitu

mahukan kemenangan dengan kata-katanya bila bersembang. Orang putih kata, "win-win situation".Dalam

pemerhatianku, caranya sangatlah lembut. Dia juga akan memikirkan dahulu jika hal yang mahu disembangkan

itu sensitif atau tidak. Dan jikalau dia tidak tahu, dia akan senyap saja ataupun kata tidak tahu. Berbeza pula

dengan sesetengah orang. Walaupun mereka tidak begitu arif tentang perkara yang disembang, mereka tetap

"confident" lebih bila bersembang. Padahal mereka terang-terang salah. Janganlah anda jadi salah seorang

daripada mereka-mereka ini. Itu serba sedikit pasal abangku. Memang cara kita bersembang dengan adik-

beradik berbeza sekali bila bersembang bersama sahabat. Sebagai seorang sahabat, kita mestilah sentiasa

mahukan perhatian dengan bersembang. Dan bila mahukan perhatian, kadang-kala dengan tidak sengaja, apa

yang kita sembangkan itu boleh menyakitkan dan mengguris hati dan perasan seorang sahabat. Kepada anda

diluar sana, jagalah kata-kata anda. Kata orang dulu, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk

padahnya.Kalau boleh, jauhkanlah niat untuk menguris hati kawan seper"sembang"an. Bagiku, ianya salah

satu cara mudah yang dapat merapatkan ukhuwah sesama kita.




Inilah dia my brother, my boss..

budak ni, walaupun tak tau berkata-kata, tapi nak jugak sembang...bayi kan..mereka cuma mengeluarkan bunyi  "eehhhhhhhhhhhhhhhhh", "eehhhhhhhhhhhhhhhh"..comel di situ..(aku rasa macam nak gigit je budak ni)



Bersembang Dengan Sahabat Yang Berlainan Jantina?

             Ianya tidak menjadi persoalan jika antaranya merupakan dari jantina yang sama. Pendapatku

mengatakan tiada masalah berbicara bersama jantina yang berbeza. Tapi aku bukanlah seorang yang begitu

obses ataupun beriya-iya mahu bersembang dengan kaum Hawa. Cukuplah sekadar membincangkan hal-hal

luaran. Ya. Aku juga insan biasa, yang punyai rasa ingin tahu pasal wanita. Tapi bagiku, apalah yang hendak

disembangkan dengan kaum Hawa. Bila masuk bab-bab sebegini, memangku bingung. Biasanya ku akan

bersembang tentang hal-hal "assignment". Cuma kadang-kala aku selitkan juga lawak jenaka di dalamnya.

Tiada niat langsung untuk mengurat. Sebab itulah sesetengah para kaum Hawa berkata bahawa aku sombong.

Aku bukannya sombong. Takkanlah setiap kali berjumpa mahu bersembang? Apa yang hendak

diperkatakan? Awak sihat? Mak ayah sihat? Dah makan? Dah minum? Ahahaha.. Pada masa dulu, ada suatu

ketika, seorang perempuan ini kerap menelefonku. Ianya normal bila ditelefon oleh orang yang tidak dikenali.

.Memang aku gagap bila bercakap dengannya.. Ahahaha. Memang kelakar bila difikirkan balik. Selain

dicopkan sebagai sombong, aku juga dikenali sebagai seorang yang pendiam bagi kaum Hawa. Wow. Pernah

dulu ada seorang perempuan berkata begini kepadaku...."Akmal, apsal suka diam je?" Aku pun membalas

"Abis tu nak cakap apa?" Takat itu sahaja aku ingat. Pendiam? Mungkin itu yang dilabelkan oleh kaum Hawa

kepadaku. Tapi bagi kaum Adam, aku memang banyak berkata-kata. Aku sebenarnya malu. So, setakat ini,

aku memang tiada kawan seper"sembang"an dari kaum Hawa selain makku, kakak-kakakku dan adikku.





"Skill-skill" Akmal bila mahu bersembang dengan baik............


1) Berkata-kata dengan niat yang baik. Jangan ada niat jahat.

selain penyembang itu sendiri, orang yang disembangi itu juga perlulah menjadi pendengar yang baik..macam gambar di atas ni laa..

2)Jaga cara percakapan, contohnya lembut. Jangan nak melenting saja

3)Pastikan percakapan mudah difahami.

4)Jangan asyik nak menang saja. Terima juga pendapat orang lain.

5)Bila tidak tahu sesetengah perkara, katakan tidak tahu. Jangan nak konon-konon sangat.

6)Jangan terlalu loyar buruk. Mestilah tahu sensitiviti perkara yang disembang.

7)Mimik muka sangatlah penting. Pastikan kening mainkan peranan ketika bersembang.
nampak tak cara aku gerakkan kening tu??haa...begitulah..

8)Nada suara juga penting. Kena tahu masa bila nak naikkan suara (sedikit saja okay)

9)Kelajuan percakapan juga haruslah dijaga.

10)Jaga pernafasan. Janganlah ketika bersembang, termengah-mengah.

Tips-tips diatas ini ada yang benar, dan ada yang pelik. Pandai-pandailah anda pilih ya.

Jadilah orang yang pandai sembang, bukannya yang sembang kuat.

Ada sedikit pantun untuk anda di sini.......................

          Pergi ke kedai dengar orang bang,
          Balik dari kedai berjumpa Kamal,
          Kalau hebat sangat bersembang,
          Sembanglah dengan Akmal.

Semoga terhibur dan dapat pengajaran walaupun 1%...(^_^)

(Komen dari diri sendiri terhadap entry ini : banyak lagi boleh tambah..tapi pening laa nak pikir lama2..apa yang terlintas aku letak ja..)

6 comments:

  1. hahaha...nice! promote sungguh gmbr2 kwn seper"sembang"an.....^_^

    ReplyDelete
  2. serius mal...entry kali ni aku baca ada rasa gembira sedih dan bangga...tahniah...penulisan yang matang...aku suka..nak lagii...:P

    ReplyDelete
  3. aku suke sembang kencang ngn ko mal... =D

    ReplyDelete
  4. ros manis...aku takda gambaq hang..kalau ada, dah letak dah..ahaha

    ReplyDelete
  5. zul spidepan...terima kasih jang..ahaha

    ReplyDelete
  6. scha..aku pun suka sembang kencang dengan kau..jangan pulak ambil hati yee..=b

    ReplyDelete