Aku sememangnya insan yang lemah yang mudah tergoda kepada bisikan syaitan. Kadang-kala aku malas solat, tetapi ku turutkan jua, kadang-kala suaraku tinggi terhadap ibubapaku, tetapi ku meminta maaf selepas itu, kadang-kala ku terasa marah dengan orang sekelilingku, tetapi ku tenang jua. Semua yang baik datang dari-Mu ya Allah. Engkaulah yang aku sembah dan tempat aku meminta pertolongan. Aku lemah ya Allah. Bantulah aku menghadapi hidup di dunia ini. Walaupun kadang-kala aku tampak kuat, hakikatnya di dalam hatiku ini masih lagi luluh dan perlukan peringatan dari-Mu ya Allah. Tunjukkanlah aku jalan kebenaran, jalan yang menuju akhirat ya Allah. Kerana aku tahu, kalau mengejar dunia, aku tidak akan mendapat apa-apa. Kalau akhirat yang aku kejarkan, dunia akan mengejarku. Aku tidak lagi mahu mengarut seperti dulu. Terlalu bergelak ketawa. Terlalu suka-suka. Cukuplah sederhana sahaja dalam percakapan. Cukuplah sekadar senyuman pembuka kata. Jadikanlah aku anak yang soleh, insan yang berguna, seorang yang tabah dan berjaya di dunia akhirat. Amin.
Tuesday, 4 October 2011
Ya Allah, bantulah aku..

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
insyaallah mal...kau boleh..tapi aku lagi suka kau yang macam dulu...part yang buat klaka je la...yang lain kau teruskan dengan perubahan..:P
ReplyDelete