Kali Pertama Ku Tersenyum Girang menerima ujian dari Allah..
beratkah ujian dari-Nya??memang tidak seberat Bilal bin Robah..memang tidak seberat para sahabat Nabi menghadapi ujian dari-Nya..namun aku manusia biasa..mudah saja tergoda dengan nafsu amarah, nafsu bengang dan nafsu-nafsu yang membawa kepada kecelakaan..
Kisahnya bermula ...
Aku, mak, dan adikku bernama Aiman mahu melawat ayahku di hospital Serdang. Ayahku di hospital kerana kadaran gulanya agak tinggi. Kami bertiga pun bertolak dari Taman Melawati ke Hospital Serdang lebih kurang jam 4 petang.
Ujian Pertama
Keretaku beratur panjang untuk membayar tol di Tol Besraya di Sungai Besi. Tiba-tiba, klutch keretaku bagaikan mati entah bagaimana. Apabila ku pijaknya, tindakbalasnya lemah longlai. Maknanya, klutch keretaku tidak berfungsi di tengah-tengah banjiran kereta yang lain. Panik aku dibuatnya. Hanya tinggal 6-7 buah kereta dihadapanku ketika menunggu giliran membayar tol. Aku cuba bermain dengan klutch tersebut dengan menendangnya berulang kali. Nyata usahaku membuahkan hasil. Klutch keretaku kembali berfungsi. Tiba-tiba, setelah selesai sahaja membayar tol, klutch keretaku mula meragam seperti tadi. Ianya tidak berfungsi. Aku hanya memekakkan telinga mendengar jeritan kenderaan di belakangku yang berbunyi "pin pin"..Dalam masa lebih kurang 3 minit, klutch keretaku berfungsi semula. Aku pelik. Dan tanpa berfikir panjang, aku terus memberhentikan keretaku di bahu jalan dahulu. Dan terjadilah dialog antara aku dan emakku...
mak : Kenapa berhenti??
aku : Jap jap..tadi klutch ni kejap ok..kejap tak..alang-alang baik parking tepi dulu..kang dibuatnya berhenti di tengah jalan, pedih mak..
mak : okay okay..pandai anak mak..
Setelah aku mencuba berulang kali, klutchku masih lagi berfungsi seperti sedia kala..aku pun mengucapkan Alhamdulillah..
Setelah sampai di Hospital Serdang, aku, Aiman, dan emakku berbual mesra bersama ayah. Di hospital, adik perempuanku bernama Azmah, menemani ayah hampir setiap malam di hospital. Dia ni memang bagus. Jadi, pada hari tersebut, emakku menyuruh Azmah mengikutku balik ke rumah kerana dia sudah lama tidak menjenguk rumah. Lepas sahaja solat magrib, aku, Aiman dan Azmah pun bertolak pulang dari Hospital Serdang ke Taman Melawati.
Ujian Kedua
Dalam perjalanan pulang, keadaan lalulintas begitu sesak lebih kurang pukul 8.30 malam. Macam biasa, aku pun menunggu giliran membayar tol di tol Besraya. Sedang aku bermain gear 1 kerana mahu menggerakkan kereta, tiba-tiba klutch keretaku kembali tidak berfungsi. Aku tenang kerana aku tahu bahawa ianya akan berfungsi semula. Hampir 5 minit, klutch keretaku kembali berfungsi. Pada masa itu, deretan kereta untuk membayar tol memang panjang. Aku rasa didepanku terdapat 9 - 10 buah kereta menunggu giliran. Dan sekali lagi, klutch keretaku tidak berfungsi. Dan aku cuba dan terus mencuba tetapi klutch tidak lagi berfungsi. Aku pun dengan segera menyalakan lampu kecemasan. Dan ketika itu, aku berfikir. Di dalam kereta ini, cuma ada Aiman dan Azmah. Agak payah bagiku untuk menolak kereta ini di bahu jalan. 10 minit berlalu. Aku pun terus bermain memijak klutch tapi ia tetap tidak berfungsi. Kereta di belakangku memahami isyarat keretaku bahawa keretaku rosak.
Ujian Ketiga
Tapi tiba-tiba, ada seorang Cina, tidak lah begitu tua, mengetuk tingkap keretaku. Mulanya, aku bersyukur kerana ada juga orang yang mahu menolong. Tetapi lain pula jadinya. Bacalah dialognya di bawah ini ....
Apek : heii..kereta lu apa pasat??losak ka??
Aku : kejap ok kejap tak..ni yang saya tgh try ni..mula2 klutch mati, then elok balik..lepas 2-3 minit tu, mati pulak..
Apek : lu tolak tepi maa lu punya keleta..olang mau lalu ini jalan maa..
Aku : Lu tak nampak ke saya dah bagi emergency lamp..kereta yg lain elok je lalu tepi saya..
(Di dalam dialog ini, terdapat lagi ayat2 yang boleh buat gaduh..tapi agak kasar tu.. tu yang aku tak tulis skali tu))
Dalam pada itu, hatiku tiba-tiba panas membara. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja aku menumbuk muka Apek tersebut. Serius. Aku menaikkan nada suara ku. Memang aku tersangatlah marah ketika itu. Aku pandang adik-adikku, dan niatku untuk bergaduh dengan Apek tu terus runtuh. Pertelingkahan antara aku dengan Apek memang menjadi tontonan banjiran kereta. Aku pun menutup pintu keretaku dan Apek tu pun blah. Setelah aku membuat beberapa panggilan, aku bercadang untuk menolak keretaku ketepi jalan. Aku menyuruh Aiman menolak kereta, Azmah menjaga laluan kereta di belakang dan aku pula mengawal kereta kerana adik-adikku tidak tahu membawa kereta.
Penutup...
Dan setelah dikesan oleh pengawal tol, mereka pun meletakkan kon pada jalan belakang keretaku kerana itu merupakan laluan motosikal. Dikhuatiri akan dilanggar oleh motosikal jikalau tidak meletakkan kon. Dan emak saudaraku pun tiba untuk mengambil aku adik-beradik untuk di bawa pulang ke taman melawati. Keretaku itu dibiarkan dulu disana dan diuruskan pada keesokkan harinya.
P/S : rasanya, kalau aku tidak bergaduh dgn Cina tu, mmg aku tak tulis dlm blog ni cerita tentang kereta rosak ni..mmg aku bengang time tu..kereta aku tgh rosak, aku tgh demam, pening, pastu dia plak tetiba dtg nak macam gengster je..aku cakap elok2, dia cakap kasar2..aii..mana nak tahan beb..tapi tu suma masa kejadian..selepas kejadian itu, iaitu semasa aku menunggu emak saudaraku mengambil ku, aku tersenyum girang menerima ujian sebegitu dari-Nya..amin...
nice one
ReplyDeletethanks john =)
ReplyDelete