Din tahu main gitar..
Sekadar tahu saja..terer nya tidak..setakat chord senang macam A, Am, C, G, F, D boleh la..kalau chord rock memang kantoi sungguh..
Kata Din, dia memang minat lama dah bermain gitar ni..sejak dari bangku sekolah rendah lagi..cumanya, tak kesampaian..Din mula belajar bermain gitar masa beliau di matrikulasi..
Sejak dari itu, Din sanggup pergi ke cyber cafe, melayari internet demi mencari chord lagu-lagu kegemarannya..antaranya ialah lena diulit intan, macy's day parade, dan beberapa lagu dari indonesia seperti band ungu dan dewa..
Selain di matrikulasi, minat Din terhadap gitar berkembang sejak abangnya, Don membawa pulang gitar ke rumah..sejak dari itu, Din seringkali dimarahi emaknya kerana bermain gitar..entahlah, mungkin sebab bising ataupun sebab emaknya tak suka Din bermain gitar..
Din mempunyai masalah untuk "tune" gitar..tak pernah berjaya..biasanya, bila masa untuk "tune" gitar, Din menyuruh Don yang "tune" kan..tapi itu bukanlah masalah yang besar bagi peminat2 gitar..
Walaupun Din seorang yang kidal, dia tetap bermain gitar menggunakan tangan kanannya disebabkan belajar dari orang yang tidak kidal..
Din mempunyai cita2 yang besar iaitu "jamming"..tapi sampai sekarang tidak pernah dicuba nya..
Tapi kini, skill Din dalam industri penggitaran telah pun sedikit malap akibat telah lama meninggalkannya..tapi jangan risau, minatnya terhadap gitar tetap seperti pungguk rindukan bulan..
Untuk memulakan kembali keghairahan Din bermain gitar, beliau hanya perlu membuat satu benda..
Iaitu menukar tali gitar..
Dan itulah salah satu benda yang Din asyik terlupa..
No comments:
Post a Comment