Din..sebut nama beliau pun kadang2 tergelak..mana tak nya, orangnya pun kelakar..okay..cukup disitu..cerita pasal kambing pulak..
Din memang friendly-animal orangnya..pantang berjumpa dengan binatang, semuanya ditegur beliau..kucing, ayam, kambing, anjing, burung, kerbau, belalang, monyet, itik, angsa, unta..okay, din kata yang unta tu dia tipu je sebab dia tak pernah pergi negara arab..
Nak dijadikan kisah, masa darjah 2, Din sekolah sesi petang..macam biasalah, berjalan kaki dan mengalas beg berat seakan akan membawa besi..untuk balik ke rumah, Din terpaksa lalu melintasi sebuah taman..taman ini kebiasaannya penuh dengan orang yang bermain gelongsor ada, buaian ada, bolasepak pun ada..dan pada hari itu jugak, sekawan kambing didapati meragut rumput di atas taman..dan Din seperti yang diceritakan di atas, iaitu friendly-animal, apalagi, diusiknya kambing-kambing tersebut..larilah kambing2 tu..tapi cuma seekor je yang buat rilek..Din mendekatinya..dibelai-belai, diusap-usapnya kepala kambing tersebut..tanduk kambing usah cakap lah, Din siap menarik-narik lagi untuk menguji kekukuhan tanduk kambing tersebut..bila puas bermain bersama kambing itu, Din pun membelahkan diri sambil berharap akan berjumpa lagi dengan kambing itu esok hari..
Dalam 15 langkah ke hadapan, Din menoleh ke belakang untuk mengucapkan selamat tinggal kali kedua kepada kambing tersebut dengan melambai-lambai..tapi sayang seribu kali sayang, nyata kambing tersebut tidak memandang Din dengan terus meragut rumput..kata Din, "Takpa..mungkin engkau tidak merasai lagi cinta aku tadi lepas ku usap2 engkau"..Din balik dengan perasaan hampa setelah lambaian selamat tinggalnya itu tidak diendah oleh kambimg tersebut..
100 meter lagi Din akan sampai dirumahnya..tiba-tiba kaki Din terasa dilanggar sesuatu..rupanya kambing tadi itu sedang minta untuk dimanja-manja..Din tersenyum girang..umpama cintanya dibalas..Din berniat untuk membawa karim (nama kambing) pulang ke rumah..
Sampai saja dirumah, Din mempelawa karim masuk, tetapi dibantah oleh emak Din..emak Din berkata, "Ni kambing sape pulak ni..dah2..jangan bagi masuk rumah..karang tuannya cari"..
Ohh..betul jugak kata emak Din tu..lupa yang karim sudah pun bertuan..Din pon segera meninggalkan kambing tersebut kerana emaknya menjeling sambil membulatkan mata..marah tandanya..dan pening..
Din pon meninggalkan karim di pintu pagar luar rumah..kecewa sebentar Din, umpama terlepas menonton kartun kegemarannya..
Tapi Din tetap bersyukur kerana diberi peluang untuk bermain dengan karim walaupun sebentar..
Itulah antara benda pelik yang dibuat Din semasa zaman kanak-kanaknya..Din kata, "Haiwan ni tau isi hati kita..baik niat kita, baiklah respon dia terhadap kita"
No comments:
Post a Comment