Monday, 9 May 2011

Pesan Azizah Mohamed kepada Akmal Suhaimi

Pn Azizah Mohamed..nama yang tidak asing lagi bagiku..setiap hari, setiap detik, setiap masa memberiku semangat dan ilham..bukan sekadar dunia, tapi berjaya di akhirat sana..di dalam setiap perbuatannya, memberi kesan2 terhadapku..nescaya kesan2 yang positif..setakat hanger besi tu, ape laa sangat..takat tali pinggang budak sekolah rendah, apalah sangat..aku tak nangis..serius..aku tak nangis..tapi aku tewas kepada pukulan beliau yang memukul dibahagian badanku..menepuk-nepuk tangan kakiku..menampar-nampar mukaku..bukannya kerana sakit..tapi kerana terlalu lemah-lembutnya terhadapku..sambil memberi nasihat yang berguna kepadaku..memang aku tak nangis dihadapannya..bak kata orang, rumah terbakar dinampak orang, klu hati terbakar, ambillah air sembahyang..dan dia juga pernah berceritakan kepadaku sebuah cerita..ada seorang ayah sedang menunggu anaknya balik rumah..sedang anaknya membuka pintu rumah, bapanya tidak menanyakan tentang makan minumnya..tidak menanyakan tentang pelajarannya..tidak menanyakan tentang perasaannya..tetapi bapanya berkata "Kamu sudah solat nak??"moral cerita ini betapa pentingnya solat..dan itu juga merupakan salah satu nasihat ibuku kepadaku..dan secara tak langsung, inginku berkongsi nasihat ibuku kepada pembaca-pembaca di blogku ini..mungkin terdapat banyak lagi nasihat yang diberikan, tetapi hanya terdapat beberapa sahaja yang dapat aku ingati..

1) Amal, tak pergi masjid ke??(walaupun dlm bentuk ayat tanya, tapi secara automatik aku akan bergerak ke masjid)

2)Amal, jangan bakar duit tau.. (klu tak paham tanya..dah paham tak pe..aku pun masih mencuba untuk berhenti membakar duit..mmg sukar beb..ehehe)

3)Jangan laa kacau adik tu.. (mungkin sebab terlampau mengusik adik)

4)Cuba laa sembang2 dengan wan tuu..(wan ialah gelaran kpd nenekku)

5)Aii..sokong arsenal je??mak pon same laa nak sokong arsenal.. (maknanya jgn laa asyik mengadap bola ja)

6)Cakap dalam hati kuat2 "I am the best engineering student in the world" (bila cakap dlm fon, mesti ada ayat ni)

7)Balik tak minggu ni??klu sibuk, takpe laa (mak aku rindu kat aku laa tuu..so sweet..)

8)Jangan main hujan..nanti demam..(time kecik2 dulu laa..klu skng ni, mak aku siap amik tuala lagi tu)

9)Tak main bola ke??(mak aku concern terhadap kesihatan aku..so, dia suruh aku jaga kesihatan dengan bersukan..dia tau aku minat bola..)

10) nak mak pilihkan isteri untuk amal tak??(mak aku risau..ahaha..)

ahahaha...yang nasihat ke10 tu aku tipu ja..ehehe..inilah antara nasihat yang diberi oleh ibuku..ada banyak lagi..tapi macam biasa laa..dah nak magrib ni..bukannya masa mencemburui kita, tapi sebab aku stat lambat..klu aku tulis awal skit, boleh laa sembang byk skit..ni hah..aku kasi skit muka ibuku..hoho..kadang2 tgk muka mak aku pon boleh nangis...Semoga mak dan ayah berjaya di dunia dan akhirat..Amin..(gmbr ayah aku xde lagi..so, gambar mak aku je yg dpt diupload..nanti2 laa aku sembang pasal ayahku ye..ehehe..salam..

No comments:

Post a Comment