Kau tak perlukan kata-kata,
Tak perlukan teman,
Tak perlukan riuh-rendah di bandar,
Tak perlukan suasana tenang di kampung,
Tapi sekadar senyuman,
Dari seorang insan,
Yang asing bagimu..
Tidak cantik?Tidak mengapa..
Tidak comel?Tidak mengapa..
Kulit berkedut?Tidak mengapa..
Kulit gelap?Tiada mengapa..
Kerana, walaupun tanpa gigi,
Manusia masih boleh senyum..
Senyum bukan dengan mulut,
Kita senyum guna hati,
Tegurlah orang sekelilingmu,
Sapalah mereka,
Walaupun dengan hanya secebis senyuman,
Itupun sudah memadai..
Mana tau,
Dengan senyuman,
Hati lebih tenang,
Fikiran cepat matang,
Masalah senang hilang..
Senyuman palsu?
Tiada masalah..
Lama-lama akan ikhlas jua..
InsyaAllah (^_^)
No comments:
Post a Comment